Doktor memberitahu seorang lelaki dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan kakinya membesar beberapa kali ganda saiz normal dan dia tidak mungkin hidup melebihi usia 20 tahun.
Tujuh tahun kemudian, Liu Zhongqiu, 26, masih hidup mengatasi ramalan berkenaan dan dia percaya ia adalah satu keajaiban. Memetik Mail Online, media tempatan melaporkan lelaki berasal dari Fuxing, China itu menghidap penyakit elefantiasis atau kaki gajah yang berpunca daripada sejenis jangkitan cacing bawaan nyamuk sejak kecil. Walaupun mengatasi ramalan doktor, penyakit itu menyebabkan kakinya membesar sehingga mencecah berat 150 kilogram selain menyebabkan dia kesukaran untuk membuang air kecil.
Liu mendakwa dia sudah berputus asa untuk melihat kakinya kembali normal dan kini dia hanya mampu berjuang meneruskan hidup. Apa yang paling ditakuti Liu adalah melihat kakinya 'meletup' apabila bangun pada waktu pagi. Sejak mengetahui mengenai penyakitnya itu, Liu merantau ke serata China bagi mencari pakar yang mampu merawat penyakitnya itu. Liu kini mengemis di jalanan di Wuhan di wilayah Hubei dan menggunakan wang itu bagi membiayai kos rawatannya di sebuah hospital di situ. - CARI
|
15
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 7-5-2017 04:19 PM
nyamuk jenis yg mcmne kalau geget jd penyakit ni, dan mmg x leh diubati ke??
chinta89 replied at 7-5-2017 04:19 PM
nyamuk jenis yg mcmne kalau geget jd penyakit ni, dan mmg x leh diubati ke??
CiliPadiSedap replied at 7-5-2017 03:30 PM
kt malaysia ramai kena penyakit ni kaki untut... kawasan lombong dan kawasan lain elakkan ye.. sebab ...
wq1234 replied at 8-5-2017 12:52 PM
michael kors bags, celine bags, burberry sale, cheap mlb jerseys, oakley sunglasses cheap, air max 9 ...
anish911 replied at 7-5-2017 10:04 PM
Kalau dh mcm ni memang dh x bole kembali normal.. Nyamuk yg bw penyakit ni ada jer kat malaysia.. ...
ADVERTISEMENT