CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Tersangkut Rim Motosikal, Pelajar Perempuan Tahun Satu Patah Kaki

8-5-2017 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6019| Komen: 26

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya di Jalan Sungai Ular, Kulim Ahad lalu.


Memetik laporan Bernama, kejadian itu berlaku pada 7.06 pagi ketika mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.

Menurut penguasa bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan setiba di lokasi kejadian kelihatan kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal sebelum operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan.

"Mangsa diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan operasi tamat pada 7.37 pagi," katanya.

Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terlibat dalam operasi menyelamat.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki, 4 tahun tersepit pada rim tayar motosikal yang di tunggangi ibunya sewaktu ingin membeli nasi kandar di Simpang Kuala, Alor Setar.


Kanak-kanak terbabit mengalami patah tangan dan bahu kiri selain putus urat menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan memasukan dua batang besi di tangannya.- CARI

sumber : Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia
sumber : Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia
sumber : Astro Awani

14

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 8-5-2017 09:54 AM
Alalalaaa..kesiannya.
Quote fox. 8-5-2017 09:58 AM
astaga dik, ngeri akak tengok bukan apa dulu jari kaki akak pun terseput celah rim basikal. mujur tak putus
Quote kekgebu 8-5-2017 09:59 AM
ya rabbi...sakitnya. aku dulu masa sebelum tadika kot, penah kaki termasuk dlm roda basikal tua, tayar besar giler tu. wuwuwuw... berparut smpai skang...mak aku ckp sebulan aku dok ngesot je dlm umah.  nasib baik luka kt tapak kaki je, takde la smpai patah. sian adik ni, moga cepat sembuh.
Quote meya 8-5-2017 10:11 AM
Semoga cepat sembuh adik ni, kesian kat dia.
Quote mawarmatahari 8-5-2017 10:12 AM
aku scroll laju2..takot nk tgok
Quote harrypoter 8-5-2017 10:37 AM
alahai kesian...camane leh jadi gitu, kaki tergelincir ke?napa tak pijak kat pedal tu...
Quote blythes 8-5-2017 10:45 AM
adakah pakai kain tu satu faktor jugak? bapak aku selalu pesan sebelum bonceng, kepit kain jangan bagi berterbangan
Quote kasibiman 8-5-2017 10:47 AM
mawarmatahari replied at 8-5-2017 10:12 AM
aku scroll laju2..takot nk tgok

sedih seriau dan menyesal tgk gambo adik tu

Quote ciwi1166 8-5-2017 11:27 AM
patot nye rim gerigi besi halus ni dah takleh guna dah. mmg ade risiko sangkut.

tapi moto2 lama still ade rim jenis ni.
Quote nisako 8-5-2017 11:37 AM
sianyeeeeeeeeeeeeeee
Quote lindarafee 8-5-2017 11:40 AM
Kene pakai seluar Kat dalam. So Kain boleh angkat kepit Kat tengah
Quote Buritan 8-5-2017 11:44 AM
Tak bolehlaa nak lari laju lagik.. sian ko dik
Quote leylapple 8-5-2017 11:48 AM
punca kejadian adalah motosikal...

so haramkan aja penggunaan motosikal di jalan raya..banyak buruk dari baiknya...

baik guna basikal jer...green environment, dan dapat menyihatkan badan....

tak perlu maintenance, tak perlu isi minyak...
Quote Artemesiaa 8-5-2017 11:52 AM
Ngerinya semoga cepat sembuh
Quote BuNSSS 8-5-2017 12:51 PM
Kesiannyaaa
Quote chinta89 8-5-2017 03:14 PM
budak2 kena diberitahu, jgn rapatkan kaki ke tayar motor bila bonceng... ramai dh kena kes mcm ni.
Quote surwanis 8-5-2017 03:47 PM
aku dlu duduk ala2 pompuan melayu terakhir tu
skali kain masuk dlm rim motor
haha
malu siut org duk keliling nk lepaskan kain aku
pastu trauma naik moto
tp kejap jela

Quote Byuu 8-5-2017 05:45 PM
Innalillah.. kesiannye dik. Ngeri tengok
Quote miss_petunia 8-5-2017 05:49 PM
Kesiannya...semoga.cpt sembuh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049933 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top