Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok hari ini dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menghina Islam.
Memetik laporan Jakarta Post, hakim Dwiarso Budi Santiarto mengarahkan Purnama ditahan selepas beliau terbukti bersalah melakukan penghinaan dan dihukum penjara 2 tahun. Ahok berkata: “Kami akan memfailkan rayuan.” Kumpulan penyokong Islam yang berkumpul di luar mahkamah bersorak dan melaungkan “Allah maha berkuasa” selepas mendengar keputusan itu. Ahok diheret ke mahkamah tahun lepas atas dakwaan menghina Islam ketika berkempen untuk pilihan raya gabenor. Pengkritik menyifatkan kes itu bermotifkan politik. Ahok bagaimanapun menafikan tuduhan menghina Islam, walaupun beliau memohon maaf atas kenyataannya mengkritik seterunya kerana menggunakan ayat Al-Quran ketika berkempen.
Perbicaraan itu diadakan selepas satu siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ratusan ribu orang. Perbicaraan itu dilihat sebagai ujian tolak ansur agama di negara yang mempunyai penduduk Islam teramai itu.- CARI |
16
Bagus |
10
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jigglybuffs replied at 9-5-2017 01:14 PM
When we as Muslims failed in our quest to convince the non believers of the truth of Islam, we put t ...
finesse replied at 9-5-2017 01:40 PM
Ewww agama keamanan sgt.. habis tu ibnu tamiyyah tu hina isele ke sis.
RED 666 replied at 9-5-2017 01:49 PM
Salah dia sendiri la x jaga sensitiviti org islam dgn main2kan ayat al quran
Sendiri buat sndiri ...
sofea_uk replied at 9-5-2017 05:34 AM
It serves him right !!!
Pandai2 sangat nak twist ayat2 Al Quran pada org2 Islam.
...
akusukaq replied at 10-5-2017 07:44 AM
tapi kat malaysia ummah kafir hina islam ,siap ramai plk cai cai penjilat dapig yg bangkit membela ...
ADVERTISEMENT