CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Dokumen Perceraian Dikoyak, Bapa Bertindak Gantung Anak

9-5-2017 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7262| Komen: 47

Sebelum ini di Thailand, seorang bapa bertindak kejam menggantung anaknya yang merupakan bayi berusia 11 bulan selepas bergaduh dengan isterinya. 

Terbaru, seorang bapa di Sichuan, China tergamak menggantung anak perempuannya di luar rumah dan memukul mangsa, hanya kerana berang dokumen perceraian dengan bekas isterinya dikoyak.

Memetik laporan The Sun UK, kejadian berlaku apabila kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu yang tidak dapat menerima berita perceraian ibu bapanya bertindak mengoyakkan dokumen tersebut.

Si bapa yang mengetahui perbuatan anak perempuannya itu ‘naik hantu’ lalu menghukum mangsa dengan mengikat tali pada leher dan memukul kanak-kanak malang itu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu merakam video menunjukkan anak perempuannya dalam keadaan tergantung pada siling, sebelum menghantar rakaman berkenaan kepada bekas isterinya, dipercayai bagi menyakitkan hati wanita tersebut.

Terkejut dengan perbuatan bekas suami, si isteri yang bimbang akan keselamatan anaknya terus melaporkan dan menunjukkan rakaman tersebut kepada pihak polis.

Polis segera menahan suspek di Bandar Guangyuan, yang terletak di barat daya wilayah Sichuan, China.

Menurut jurucakap polis, kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital dan tidak mengalami kecederaan serius, namun mangsa diberikan kaunseling bagi mengatasi trauma ekoran insiden tragik itu.

Difahamkan, bekas isteri suspek akan diberi hak penjagaan kanak-kanak perempuan itu.

Kes masih masih dalam siasatan dan jika didapati bersalah suspek boleh dihukum penjara kerana mendera.- CARI

sumber: The Sun UK

19

Bagus
8

Marah
21

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pai.kacang 9-5-2017 04:49 PM
allah.. kesiannya
Quote duri_durians 9-5-2017 05:06 PM
apa ke bangang.. jangan beranak lah. kalau jenis kepala otak tak senter ni.
Quote Peterpan17 9-5-2017 05:08 PM
Lelaki otak sakit ni lbh baik di kembiri dr menyusahkan society
Quote vanillaninja 9-5-2017 05:10 PM
Tak guna punya bapak semoga mampos dipanah petir. Nasib baik adik ni tak cedera serious.
Quote aHoi83 9-5-2017 05:10 PM
Bole ratib ummah budha syumul tak ni mcm thread2 lain?
Quote cheergirlz 9-5-2017 05:11 PM
mainland lg....errmmm
Quote mirandanicky1 9-5-2017 05:13 PM
Jahat punya ayah
Quote spiderman80 9-5-2017 05:33 PM
China Darul Pelik
Quote meya 9-5-2017 05:34 PM
Mentang-mentang budak-budak tak pandai melawan.
Quote holothurian 9-5-2017 05:35 PM
gila punya bapak..
Quote skinsandstars 9-5-2017 05:38 PM
Gila ke high ke?
Quote merahrose 9-5-2017 05:42 PM
gila btl puak cina ni...slmt x mti bdk tu
Quote matchstick 9-5-2017 06:19 PM
kejadian berlaku apabila kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu yang tidak dapat menerima berita perceraian ibu bapanya bertindak mengoyakkan dokumen tersebut.


kesiannya budak ni..patut dia sujud syukur je emaknya dh bercerai dgn jantan gila otak mereng
Quote trisnalovezul 9-5-2017 06:24 PM
kasian anak ga bersalah
Quote leher 9-5-2017 06:26 PM
kenapa tulis cina, tak sepatutnya kelakuan individu dikaitkan dgn bangsa.

kan @pyropura kan???

bahahhaha

Quote Dalcott 9-5-2017 06:28 PM
giler nak mampus
Quote leher 9-5-2017 06:29 PM
kaum ni sepatutnya kena ambik exam dulu sebelum dapat lesen boleh beranak pinak.



Quote ronapink 9-5-2017 06:35 PM
mujur xmati,

klu tak boleh charge membunuh,biar bapa pun mampos juga
Quote Aliaskotonggo 9-5-2017 06:41 PM
bodoh...nasib baik tak mati.... last2 anak diberi kat mak, anakpun dah tak mau kat bapak, bapak masuk jel hampeh pun tak dapek...meraso lah ekau jang!!

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073525 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top