Tindakan sekumpulan jemaah masjid yang berganding bahu membantu menolak kereta rosak milik seorang wanita berbangsa Cina telah menerima pujian dari masyarakat.
Menurut laporan The Star, kereta milik wanita Cina tersebut rosak di di Jalan Kelawei, Pulau Pinang dan menyebabkan trafik menjadi perlahan. Prihatin dengan kesusahan wanita terbabit, jemaah yang sedang menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat telah bersama-sama menolak kereta terbabit ke tepi jalan. Kejadian tersebut telah disaksikan sendiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebelum memuat naik rakaman itu ke dalam laman Facebooknya.
Dalam kapsyennya dia menulis, "Sikap toleransi yang ditunjukkan ini yang perlu kita pupuk. Kereta seorang aunty rosak di tengah jalan yang sibuk di hadapan Masjid Kelawai semasa khutbah Jumaat diubah oleh para jemaah masjid." Bakhtiar juga menambah, "Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum . Jika ada yang memerlukan pertolongan, kita perlu bantu tanpa mengira agama dan bangsa." Bakhtiar berkata dia tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular. Mungkin disebabkan ia mempunyai kaitan dengan isu jemaah masjid memukul pemandu Cina yang membunyikan hon bertalu-talu minggu lalu. "Kali ini ia langsung tiada kena mengena dengan pergaduhan, hanya sikap toleransi dan semangat saling membantu . Ini yang rakyat Malaysia mahu tengok." Sementara itu, netizen yang melihat rakaman video tersebut turut memuji sikap yang ditonjolkan masyarakat di negara ini. Apa komen anda? -CARI
|
28
Bagus |
18
Marah |
22
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kentang.Goreng replied at 13-5-2017 02:56 PM
@spiderman80 dah ada bebenangnya...
kelapaparut replied at 13-5-2017 02:24 PM
Melayu2 penang ni jinak sket, melayu johor agak liar ye tgk kjaan negeri la
ADVERTISEMENT