CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Militan IS Di Malaysia Telah Diganti Oleh 4 Warga Malaysia- PDRM

15-5-2017 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5002| Komen: 18

Hasil pengesahan pihak polis, empat warganegara Malaysia telah mengambil alih jawatan ketua Kumpulan Militan Daish atau IS di Malaysia yang selama ini dipegang oleh Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.


Memetik laporan New Straits Times, Ketua Pengarah, Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka itu terdiri daripada Muhammad Rafiuddin, Akhbar Zainal, Muhammad Fuzail and Muhammad Zahar.

Anggota kumpulan militan IS untuk warga Malaysia di Syria daripada 95 orang telah menurun menjadi 56 orang yang berumur antara 4 tahun hingga 50 tahun, antaranya 36 orang merupakan lelaki manakala 20 orang itu adalah perempuan.

Sebelum menyertai kumpulan IS, Muhammad Rafiuddin dikatakan pernah memasuki Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI). 

Wajahnya pernah muncul dalam video promosi Kumpulan Militan IS pada tahun lepas, ketika itu dia kelihatan menggesa orang ramai mengadakan serangan ke atas pihak kerajaan dan para pemimpin sambil menyembelih kepala seorang individu yang berwajah menyerupai orang Asia Timur. 


Seorang lagi pengganas yang dikenali Akhbar Zainal adalah pakar muzik yang mempunyai pengikut seramai 150,000 orang di Facebook, dia merupakan pengganas warga Malaysia yang boleh dikatakan agak berpengaruh. 

Manakala dua orang lagi iaitu Muhammad Fuzail and Muhammad Zahar mereka pernah menjadi penyampai arahan buat pengganas yang bertapak di Malaysia, pada masa yang sama giat menyertai perang jihad di Syria.- CARI

sumber : China Press



14

Bagus
17

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lobai-Astaga 16-5-2017 01:19 AM
sorang tu muka dah cam namawee     
Quote akusukaq 16-5-2017 01:29 AM
CARI-LTS replied at 15-5-2017 03:45 PM
Hasil pengesahan pihak polis, empat warganegara Malaysia telah mengambil alih jawatan ketua Kumpulan ...

ini ke muka2 binawe yg tinginkan 72 bidadari tu?  :
Quote FanTasyCreaTioN 16-5-2017 03:14 AM
Anggota kumpulan militan IS untuk warga Malaysia di Syria daripada 95 orang telah menurun menjadi 56 orang
meninggal?

Quote Bedah.Cun 16-5-2017 07:51 AM
Muke belacan peset jer seko2. Kau dah nape hadap sangat nak jadi tuk Arab?
Quote Pajeri_Nenas 16-5-2017 07:57 AM
semua hodoh
Quote mujer_in_espejo 16-5-2017 08:43 AM
Apa dlm minda mereka ni agaknya..
Quote Bedah.Cun 16-5-2017 08:49 AM

Bajet buat macam tue tuk Arab terrorist tue nak terima masuk league kot. Padahal kat belakang diorang ngutok jer hidong peset, muka penyet macam tempeyek hader hati nak league dengan weols nan suci sesuci embun pagi, nan hidung mancungggg, nan bulu banyak di body nan kebabbb
Quote FOTHER-MUCKER 16-5-2017 08:53 AM
Gosh! Muka seperti ni 72 bidadari pun tak mau!
Quote FOTHER-MUCKER 16-5-2017 08:58 AM
mujer_in_espejo replied at 16-5-2017 12:43 AM
Apa dlm minda mereka ni agaknya..

Perjuangankan isle sebenar + Arak + 72 bidadari = peeerghhh......


Quote -electrifying- 16-5-2017 02:16 PM
ni la yg buat islam ni dihina dan di cop agama teroris
Quote Bedah.Cun 16-5-2017 02:49 PM
-electrifying- replied at 15-5-2017 06:16 PM
ni la yg buat islam ni dihina dan di cop agama teroris

Personally, bang eletrik. Ai takde problem pun with Islamic religion neh. Takleh ker kita jadi Muslim and Malay in the same time? Nape sampai kena jadik sebijik macam tuk Arab? Ai duk US dulu hari2 melahap makanan bijirin diorang pun rasa macam makanan kuda ternakan jer. Ai muntahhh hijau, bang elektrik. Lepas tue kalau ai balik Msia jap mesti ai ship kan belachannnh dan beras untuk stok kebuluran aii. Churrps
Quote -electrifying- 16-5-2017 03:37 PM
Bedah.Cun replied at 16-5-2017 02:49 PM
Personally, bang eletrik. Ai takde problem pun with Islamic religion neh. Takleh ker kita jadi Mus ...

Itula masalah meleis skrg... suka menjadi orang lain...
tah la ckp lebih2 kang, jadi emo plak
untungnya sis bedah... teringin jua menetap di tempat lain selain mlysia, setahun dua pon jdi la, nk rasai masyarakt lain
Quote Dzeko 16-5-2017 04:54 PM
Seorang lagi pengganas yang dikenali Akhbar Zainal adalah pakar muzik yang mempunyai pengikut seramai 150,000 orang di Facebook, dia merupakan pengganas warga Malaysia yang boleh dikatakan agak berpengaruh.

yang ni saper ek? dalam report ada sebut nama akil zainal.. nama mcm familiar jah
Quote dauswq 16-5-2017 05:28 PM
Akhbar Zainal  ni ade tak soc media dia?

katenye 150 ribu pengikut
Quote dauswq 16-5-2017 05:29 PM
Dzeko replied at 16-5-2017 04:54 PM
Seorang lagi pengganas yang dikenali Akhbar Zainal adalah pakar muzik yang mempunyai pengikut serama ...

dia drummer kumpulan UKAY rupanya..

Quote Dzeko 16-5-2017 05:30 PM
dauswq replied at 16-5-2017 05:29 PM
dia drummer kumpulan UKAY rupanya..

owh ingatkanpendakwah yg viral kejap dulu.. Akil hay kan?

Quote dauswq 16-5-2017 05:31 PM
Dzeko replied at 16-5-2017 05:30 PM
owh ingatkanpendakwah yg viral kejap dulu.. Akil hay kan?

maybe nama sebenar kot
orang duk panggil akil zainal..



Quote marla69 16-5-2017 05:32 PM
Kesian kaum keluarga

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065722 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top