Kreatif dan romantik! Apa perasaan anda agaknya apabila menerima lamaran daripada si dia dan cincin pertunangan sudahpun berada dalam tangan anda tanpa disedari?
Pasti anda akan berasa terkejut dan sangat teruja, bukan? Lelaki dari Australia ini sangat kreatif dan sabar orangnya kerana lebih setahun dia menyembunyikan cincin pertunangan di dalam seutas rantai dipakai teman wanitanya. Hampir dua tahun Terry menyimpan rahsia dan selama itu jugalah Anna memakai rantai berkenaan tanpa mengesyaki apa-apa.
Tiba sahaja hari bersejarah di mana Anna dilamar Terry, wanita itu terkejut bukan kepalang apabila Terry menunjukkan di mana dia menyimpan cincin pertunangannya membuatkan Anna sangat terkejut, namun dia bersyukur kerana tidak hilangkan rantai itu. Lebih dua tahun pasangan itu menjalin hubungan dan Terry mendapat idea kreatif itu selepas hampir setahun perkenalan mereka. Terry memutuskan untuk menghadiahkan Anna seutas rantai dengan loket dari kayu pain Tasmania buatannya sendiri pada ulang tahun pertama perkenalan mereka, pada 2015. Pada November 2016, Terry membawa Anna ke Gua Smoo di Scotland, di mana dia kemudiannya melamar kekasihnya itu. Ironinya, smoo bermaksud 'tempat bersembunyi' dalam bahasa Old Norse. Ketika itulah Terry membuka loket berkenaan dengan menggunakan pisau. Lebih mengharukan, Terry mengabdikan momen tersebut dalam sebuah video montaj. Fuh! Mujur tak hilang. Kalau tak, sia-sia saja semua usaha Terry selama ini. Cincin tu pula mestilah bukan murah harganya, bukan? Semoga mereka kekal bahagia bersama. - CARI
|
48
Bagus |
28
Marah |
24
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT