CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menangis Dipanggil 'Mat Salleh', Dua Beradik Norway Ini Teringin Jadi Melayu

22-5-2017 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14694| Komen: 50|Original author: Oleh: Myra Rozi

Terlalu cintakan asal usul dirinya yang berketurunan Melayu menyebabkan kanak-kanak ini menangis apabila dipanggil sebagai 'Mat Salleh'.

Maia Sofie Maimunah Oestreich yang baru berusia enam tahun dan adiknya Adinda Freyja Zainab Oestreich, dua tahun ini berpendapat orang Melayu adalah sangat cantik.

Foto: IG Super Something
Kedua-duanya menjadi terkenal apabila satu video yang dikongsikan di Instagram menunjukkan Munah yang fasih berbahasa Melayu menyanyikan lagu kegemarannya, 'Suriram'.

Lebih menarik, disebabkan keunikan wajah yang dimiliki kedua-dua beradik ini, mereka ditawarkan untuk menjadi model untuk satu jenama pakaian antarabangsa, Nøstebarn.


Foto: IG Super Something
Berketurunan Melayu di sebelah ibu dan Norway di sebelah bapa, Munah dan Zainab belajar bertutur Melayu dari ibunya sendiri.

Menurut ibunya lagi sebelum ini Munah sering menggunakan perkataan 'aku' tapi telah menukarnya pada 'saya' selepas dihantar ke tadika oleh datuknya ketika mereka pulang bercuti selama tiga bulan ke Malaysia pada tahun 2015.

Nak tengok lebih banyak video dua beradik ini boleh tonton di instagram dengan carian #bideomakmunah. Comel sangat bukan? -CARI

Foto: IG Super Something
36

Bagus
32

Marah
32

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trakea 22-5-2017 04:02 PM
Itu macam ka
Quote Zasss777 22-5-2017 04:18 PM
Bagus ada jugak nama melayu kat situ. Munah dan Zainab. Yg melayu tak mix apa, sibuk nak letak nama anak mengalahkan mat salleh!
Quote harrypoter 22-5-2017 04:22 PM
memang bodohla panggil mat salleh...
org panggil minah salleh...kan pompuan tu
Quote tang_ginger81 22-5-2017 04:33 PM
Bagusla. Yg sah2 mix n tggl kat obersea ni bleh plak bertutur bahasa melayu. Ada yg mak bapak melayu tulen yg duduk kt obersea tp anak2 xbleh nk bertutur melayu. Mak bapak dorg mmg ckp omputih kt rumah ke?paling suka tgk anak2 tokey nasi ayam paris tu. Melayu sgt xde slang lgsg.
Quote krustykrab 22-5-2017 04:41 PM
ala esok dah besor panjang, kembang lobang idung tu kalau org panggil mek salleh

skg ni kecik lagi tak tau apa2, mungkin jgk bila balik msia sekali sekala tu atuk nnek semua ejek2 tu yg rasa sedih tu
Quote catalina 22-5-2017 04:56 PM
PETALING JAYA: Menangis ketika dipanggil anak 'Mat Salleh' oleh ibunya, kanak-kanak berusia enam tahun ini sanggup belajar menyanyi lagu Melayu klasik.

Dalam satu video tanpa visual yang dikongsikan di laman sosial Instagram @super_something pada 8 Mac lalu, kanak-kanak cilik, Maia Sofie Maimunah Oestreich atau mesra disapa Munah itu fasih mendendangkan lagu 'Suriram' yang menjadi lagu kegemarannya.

Munah yang berusia enam tahun itu 'berduet' dengan adiknya Adinda Freyja Zainab Oestreich (Adinda), 2, menyanyikan lagu tersebut kerana terlalu ingin menjadi Melayu dan berpendapat orang Melayu sangat cantik.

Berdarah campuran Melayu sebelah ibunya dan Norway sebelah bapanya, Munah dan Adinda dianugerahkan dengan wajah yang sangat comel dan rambut yang keperangan.

Keunikan wajah dua beradik ini turut menarik perhatian jenama pakaian di Norway iaitu Nøstebarn untuk menjadikan mereka model pakaian kanak-kanak syarikat tersebut.

Ibu kedua-dua beradik itu, Ardiana Abdul Azam, 34, berkongsi cabaran mengajar anak-anaknya bertutur Bahasa Melayu sepanjang lapan tahun menetap di Bergen, Norway.

"Mula-mula berkahwin dulu memang tiada niat nak menetap di sini (Norway) sebab dah berjanji dengan suami untuk berpindah ke Malaysia selepas dua atau tiga tahun.

"Sebenarnya tak ada cabaran sangat, cabaran itu lebih kepada diri sendiri. Berapa kuat (berpegang pada) asal-usul kamu," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Kata wanita yang berasal dari Jerantut, Pahang ini, anaknya, Adinda masih belum boleh bertutur dengan baik kerana masih kecil, manakala Munah pula boleh berbahasa Inggeris, Norway dan Melayu.

"Setakat ni, Munah sahaja yang fasih sedikit bahasa Melayu. Memang dia ada pelat sedikit tapi itu perkara biasa.

"Lagipun, pengaruh Bahasa Melayu yang dipelajarinya di sini hanya daripada saya. Tiada rumpun (masyarakat) Melayu lain di sini," ujarnya.

Lebih menarik, pada asalnya Munah menggunakan kata ganti diri 'aku' ketika berbual dengan ibunya.

Sudah pasti ia kedengaran sedikit janggal bagi kebanyakan masyarakat Malaysia kerana perkataan 'aku' itu sering digunakan apabila berinteraksi secara tidak formal antara rakan sebaya.

Bagaimanapun, Ardiana tidak mengganggap perbuatan anaknya itu kurang sopan kerana berpendirian bahawa kata ganti diri 'aku' juga digunakan ketika berdoa kepada Tuhan.

Kini, Munah sudah pandai menggunakan kata ganti diri 'saya' selepas dihantar ke tadika oleh datuknya sewaktu mereka sekeluarga pulang bercuti selama tiga bulan pada tahun 2015.

"Dia dengar kawan-kawan dia gunakan 'saya' dan dia pun mula menukarnya," jelasnya.

Mengulas cerita di sebalik nama anak-anaknya, Ardiana menamakan anaknya nama-nama Melayu klasik seperti Maimunah dan Zainab sempena nama dua arwah neneknya sebagai menzahirkan rasa cinta kasih kepada mereka.

Video keletah Munah dan Adinda boleh ditonton di Instagram dengan carian 'hashtag', #bideomakmunah.

Tags / Kata Kunci:

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... 32WLRr58RGoZfKie.99
Quote irwansuhadi 22-5-2017 05:01 PM
besar nanti jadi macam maya karin gayanye
Quote catalina 22-5-2017 05:02 PM
Daniel Islam, Emak @ Hj. Zainab Yaakob, Ardiana Azam dan Zauriti Osman




Quote Revolver 22-5-2017 06:20 PM
kuat gene mak dia
Quote ffbeauties 22-5-2017 06:23 PM
Mat saleh mmg suka cari yg kulit tan, sawo matang.
So sape yg nk kawen mat saleh xyah sibuk2 pakai produk2 putih. Kulit coklat tu exotic dimata mereka
Quote cassriena 22-5-2017 06:39 PM
klasiknya nama anak dia...
Quote Esmiria 22-5-2017 06:55 PM
aku  taste Asian. lawa mereka beza. Indonesia contohnya.
Quote lumie 22-5-2017 08:24 PM
Surname dia mcm bunyi ostrich.
Quote Nham22 22-5-2017 08:35 PM
King coco patut malu wokry
Quote Nham22 22-5-2017 08:35 PM
King coco patut malu wokry
Quote alisonwee51 22-5-2017 09:01 PM
cantiknya...
Quote faraway1 22-5-2017 10:24 PM
harrypoter replied at 22-5-2017 03:22 AM
memang bodohla panggil mat salleh...
org panggil minah salleh...kan pompuan tu

hahahahhahaha
terima kasih buat me ketawa
Quote kiambang 22-5-2017 10:31 PM
Kena dididik dari kecil .. tak lupa asal usul ..
Quote kiambang 22-5-2017 10:33 PM
ffbeauties replied at 22-5-2017 06:23 PM
Mat saleh mmg suka cari yg kulit tan, sawo matang.
So sape yg nk kawen mat saleh xyah sibuk2 pakai ...

Betul tu ... body tak perlu cantik sangat .. yang penting kulit sawo matang ..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044424 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top