CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sering Dihina Kerana Hodoh, Akhirnya Wanita Ini Nekad Jadi Cantik

23-5-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19614| Komen: 73|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Memiliki wajah yang cantik dan sempurna adalah satu anugerah yang tidak terhingga. Maklumlah bila cantik pastilah banyak mata yang memandang dan sering dipuji, keyakinan diri juga akan lebih tinggi berbanding yang berwajah biasa-biasa sahaja.


Namun bagaimana pula jika sebaliknya? Kisah tragis tetapi penuh dengan pengajaran yang ingin saya kongsikan ini wajar dijadikan teladan buat semua pembaca.


Hanya kerana memiliki wajah yang kurang cantik, wanita yang dikenali sebagai Phoung ini sering diejek rakan-rakannya. Lebih teruk lagi, dia sering ditertawakan serta dibuli sehingga tidak dibenarkan menyertai aktiviti kelas.

Walaupun selepas tamat persekolahan, kehidupannya masih tidak berubah dan lebih teruk lagi Phuong sukar mendapatkan jodoh. Ramai lelaki menolak cintanya malah salah seorang daripada mereka pernah berkata :


"Kalau aku kahwin dengan dia, hilang selera makan aku."


Disebabkan kata-kata tersebut terlalu perit untuk ditelan, Phuong akhirnya nekad untuk mengubah kehidupannya dengan menjalani pembedahan plastik. Setelah berhabis sebanyak RM 61,800, hasilnya sungguh memberangsangkan apabila Phuong bertukar menjadi wanita jelita persis sang puteri dalam cerita dogeng dahulu kala.

Tidak lama selepas itu, Phuong akhirnya menamatkan zaman bujangnya selepas berkenalan dengan seorang jejaka hampir 6 bulan. Dan tanpa disangka-sangka suami Phuong pula merupakan lelaki kaya yang mewarisi harta dari ibu bapanya. 




Menarik kan kisah Phuong ini? Ok perasan tak, kebiasaannya kawan-kawan perempuan kita semasa zaman sekolah dulu nampak cantik dan bukan main "hot" lagi. Tetapi apabila sudah menjadi anak dara nampak macam biasa-biasa pula. Sebaliknya yang berwajah kurang menarik dan tidak begitu menyerlah di zaman sekolah, tiba-tiba pula berubah menjadi cantik.   

Pengajarannya di sini, janganlah sesekali kita menghina fizikal orang lain kerana kita tidak pernah tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Lagi pun, setiap makhluk yang dicipta olehNya pasti ada kelebihan tersendiri. - CARI



19

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingKedai 23-5-2017 12:11 PM
untung la ada rm61 ribu bole buat plastic surgery..
Quote irwansuhadi 23-5-2017 12:13 PM
manusia tertarik kepada kecantikan
Quote zawara 23-5-2017 12:14 PM
CARI-HBZ replied at 23-5-2017 12:07 PM
Memiliki wajah yang cantik dan sempurna adalah satu anugerah yang tidak terhingga. Maklumlah bila ca ...

plastic surgery  :zz
Quote pittjie 23-5-2017 12:27 PM
Ok perasan tak, kebiasaannya kawan-kawan perempuan kita semasa zaman sekolah dulu nampak cantik dan bukan main "hot" lagi. Tetapi apabila sudah menjadi anak dara nampak macam biasa-biasa pula. Sebaliknya yang berwajah kurang menarik dan tidak begitu menyerlah di zaman sekolah, tiba-tiba pula berubah menjadi cantik.   


aá .. perasan. ramai yang mcm ni. masa sekolah cantik meletop ... bila dan berusia sikit ... dah ada laki dan anak terus malas jaga badan jaga penampilan. badan kembang size xxl. yang lelaki pun ramai cam tu jgk. tapi yang sekarang ni masih maintain nampak muda..  berpenampilan menarik ... body tak gelebeh2 .. yang dulu masa sekolah haus dan berkerak je rupa parasnya. tu la .. nak nampak menarik dan cantik ni kenalah ada usaha sikit.
Quote pusak_lanji 23-5-2017 12:34 PM
mudahan kalau mengandung anak ambik aura muka selepas surgery lah...
Quote vanillaninja 23-5-2017 12:38 PM
Dah kalau buat plastic surgery. Sheols ni asalnya takde la hodoh mana. Jaga badan, jaga kulit je. Tak payah alter pun.
Quote shiedafaizal 23-5-2017 12:41 PM
abih kalu ada anak nanti tak ke anak tu ngikut muka asal mak?
Quote intan_smsb 23-5-2017 12:46 PM
tp yg yg sekolah tak cantik skrg cantik tu mmg ade cuma bukan versi plastik surgery lah

yg hot2 time sekolah zaman skrg da x hot pun ade malah menbesar sebagai johan pun ade
Quote Encik_Hubby 23-5-2017 12:46 PM
shiedafaizal replied at 23-5-2017 12:41 PM
abih kalu ada anak nanti tak ke anak tu ngikut muka asal mak?



komen ni lawak. betul jgk
Quote qistiena 23-5-2017 12:51 PM
semoga anak mengikut rupe somi...
Quote dubuk 23-5-2017 12:53 PM
hoii cantiknya macam amoiii
Quote bedahmulutpuaka 23-5-2017 01:04 PM
apa masalah yg kutuk dia tu?
Quote Zasss777 23-5-2017 01:04 PM
Hmm nanti bila dah dpt anak muka pecah jgn pulak ada kes saman menyaman dari pihak lelaki.
Quote mieymiey 23-5-2017 01:05 PM
Untunglah, ada duit boleh alter muka. Dapat kahwin dengan orang kaya.
Ala-ala cerita dongeng.
Quote che-cikL 23-5-2017 01:11 PM
Ala... hanya dapat puaskan hati sendiri sebab dapat senyapkan mulut2 yg mengata dia  ja... tapi dia takkan dapat mengubah gene dia dan keturunannya... kesian jugak kat amoi ni...  
Quote mzzenma 23-5-2017 01:23 PM
yang cantik2 ni kemain mekap tebal, lens warna warni, selfie berfilter
yang biasa2 mzz tengok aman2 ja

so at the end of the day dah cantik pun still ada masalah confidence
and mengharapkan likes and pujian


Quote umbut 23-5-2017 01:24 PM
Nasib baik plastic surgery ni menjadi.. Kalo x jadi, habis hancur...
Quote mawar_pink 23-5-2017 01:54 PM
dpt anak nnt pastu ikut muka dia jenuhla..kalo lakinye tahu rupe dia sblm surgery xpela..
Quote chinta89 23-5-2017 01:59 PM
Edited by chinta89 at 23-5-2017 02:00 PM

nt kua anak, ikut muke sebijik macam mak mse dulu2 acaner? lgpun dia xde la hodoh, cuma kalau kulit terjaga n body lawa, meletop jua. kuasa make up kan ape sje boleh jadi. ingat retis2 semua lawa ke? yg perasan hot hijabista dlm ig tu, kalau buang mekap sekati ingat cantik ke.


berbalik kpd pertanyaan thread; ye. kawan2 iols yg konon hot gila nk mampussss tu bila dh zmn remaja, eh biasa2 je. yg sendu2 zmn sklh, org x padang, eh bila dh besar cantik ok.

kalau tgk kwn2 yg konon2 hot dulu, mcm x sangka bila dh remaja, kawin, ade laki ade anak kenapa mcm x terjaga aje. yg spesies x dipandang mse sklh, maintain lawa even dh kawin ade anak.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top