CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kau Fikir Kau Siapa" Netizen Selar Kereta Peronda Polis Kena Kapit

25-5-2017 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14323| Komen: 49

Baru-baru tersebar luas gambar kereta peronda polis yang tayarnya dikapit mengundang sindiran pengguna media sosial.

Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran Salam Noodles, dikongsi lebih 20,800 kali dan digemari lebih 7,600 pengguna Twitter.


Memetik laporan Malay Mail Online, seorang pengguna media sosial itu Shazwan Musk memaklumkan di akaun Twitter polis agar memberi perhatian pada kejadian itu tetapi tidak berjawab.

Gambar itu dimuatkan Alif Hafiz Yusof pada Ahad dengan tulisan “kau fikir kau siapa”, lirik lagu Kalah Dalam Menang nyanyian Mawi dan Syamsul Yusof.

Semakan menerusi Google Street View menunjukkan restoran berkenaan berlokasi di Cyberjaya, cuma kejadian itu tidak pasti bila ianya berlaku.

Walau bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada pihak penguatkuasa di Cyberjaya yang bertindak sama rata buat sesiapa pun yang melanggar undang-undang, tindakan itu wajar dijadikan contoh kepada semua penguatkuasa yang lain. 


Manakala bagi pihak berkuasa dan ahli politik yang berjawatan atau berpangkat, ambillah perkara itu sebagai satu ikhtibar dan wajar bersikap mengikut undang-undang kerana di bawah perundangan semua orang adalah sama rata.- CARI

sumber: Malay Mail Online

10

Bagus
16

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 25-5-2017 01:01 PM
padan muka!..the world is fair after all
Quote kiambang 25-5-2017 01:04 PM
Masa ni la tau langit tu tinggi arau rendah ..
Quote shiedafaizal 25-5-2017 01:11 PM
bagus a
Quote M.Rose 25-5-2017 01:31 PM
Bagus gak kena cengini. Adil.
Quote cucukpipi 25-5-2017 01:34 PM
apa la, ntah2 polis tu tgh jalankan tugas tangkap orang ke apa ke. ni mesti guard nepal tarak tahu baca yg lock kereta polis ni.



Quote PEPPERMAN 25-5-2017 01:37 PM
cucukpipi replied at 25-5-2017 01:34 PM
apa la, ntah2 polis tu tgh jalankan tugas tangkap orang ke apa ke. ni mesti guard nepal tarak tahu b ...

Setuju!
What if ada kes kecemasan?
Atau kena mengiringi menteri ke majlis bersama rakyat?
Kenapa tak tunggu untuk beri peringatan, daripada terus mengepit?

Berhemahlah sikit.
Quote missinpiece 25-5-2017 01:38 PM
Kalau bebetul menjalankan tugas xpenye. Ni kadang masuk parking area berbayar, kena tahan, menjawab bukan main kerek lg. Sila jaga kesopanan dan kesusilaan walau dimana jua anda berada ye
Quote pearl.silver 25-5-2017 01:39 PM
Klu ada perompak bersenjata masuk restoran salam tu..pastu cabut lari ngn kenderaan..jenuh abg polis baru nk cari guard bangla buka kunci
Quote BebeQ 25-5-2017 01:39 PM
I masih tak boleh hadam escort berjela2 dengan moto polis neno2 di jammed hour. Aku pun nak cepat juga.
Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2017 01:39 PM
ok ja kalau memang betul melanggar peraturan ..
baru adil
Quote zorrro_03 25-5-2017 01:40 PM
nak maki polis tu sesuka hati pun tak boleh juga.  kecuali peronda yang saja2 tunjuk kuasa lepas hisap rokok.


kalau anggota yang dalam tugasan kecemasan tidak patut laaa kena lock mcm ni..  nnt depa nak kejar orang jahat mcmana.   
Quote prettyuglybabe 25-5-2017 01:43 PM
kot dorang gi atas tugas rasmi ke.. mana tau ada kes kat dalam..
kecurian atau rompakan ke..
kang polis sampai lambat semata-mata nak cari parking, kena mengata jugak..
selagi dia dalam tugas rasmi, tak halang trafik dan tak kacau parking OKU, aku ok je..
Quote Lollipop111 25-5-2017 01:55 PM
Klu ad sesaper punya family nyawa dalam keadaan kecemasan/bahaya dan at that time, this police guys the nearest, menjawablah... dtg lambat kene maki pula nnt. walhal... aduhai bangsaku... membenci tak bertempat smpi menggelapkan hati dan fikiran waras.
Quote babydoll 25-5-2017 02:14 PM
apa kata klo adakan satu atau dua tempat letak kereta khas utk polis?


betul jugak mcm komen2 forumer lain, kalau polis ada kes kecemasan,mcm susah pulak.
Quote Zasss777 25-5-2017 02:21 PM
Hmm tak pasti tindakan tu betul atau tak. Sbnrnya bergantung keadaan jugak.
Quote aHoi83 25-5-2017 02:22 PM
Bagus. Patut dah berkereta polis kene la bg contoh. Netizen kalo parking gini harus polis saman atas akta mengabaikan isyarat lalu lintas sekali kene RM150.
Quote idakamaruddin 25-5-2017 02:23 PM
knp mcm gmba nampak ancient je

n ada lg ke proton perdana buat jd kereta polis?

bkn ke skg ni sume kete inspira/lancer ke?

maaf kalau aku yg xperasan


Quote fcl29 25-5-2017 02:25 PM
nmpk mcm luas je lagi jalan kat situ... asal x ganggu trafik, utk kereta polis dan seangkatan.. rsnya boleh la kot nk park situ... maybe ade keje la kot tu..
Quote mrs_salvatore 25-5-2017 02:32 PM
PEPPERMAN replied at 25-5-2017 01:37 PM
Setuju!
What if ada kes kecemasan?
Atau kena mengiringi menteri ke majlis bersama rakyat?

mengiringi menteri??? kapitkan skali ngan keter2 menteri tu

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.131337 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top