CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 Minuman Ini Dipercayai Mampu Merawat Masalah Ketiak Basah, Berbau

26-5-2017 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10757| Komen: 49|Original author: Oleh: Maly Rosli

Malu betul jika badan kuat berpeluh. Risau saja orang terpandang bahagian berpeluh terutama di bawah bawah lengan. Mesti terkepit-kepit saja bila nak angkat tangan. Tak kisahlah lelaki atua perempuan, tipulah kalau langsung tak pernah mengalami keadaan sebegini, bukan?



Foto: Huffington Post

Sudahlah berpeluh, berbau pula tu. Tambah rosak mood sahaja! Tambah-tambah jika wanita yang mengenakan mekap, habis muka yang cantik jadi comot.

Jangan cepat melatah! Ada beberapa cara boleh diamalkan untuk mengawal pengeluaran peluh dari dalam seperti dilaporkan portal Boldsky. Salah satunya adalah dengan mengambil minuman sihat yang disarankan Rahul Aggarwal, CEO Organic Harvest, sebuah syarikat kecantikan organik.



Teh hijau

Foto: BBC Good Food

Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta menghakis lemak dari usus. Sementara itu, antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran keringat. Minumlah dua hingga tiga cawan sehari.


Cuka putih + cuka epal

Foto: health advisor usa

Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari, pada waktu perut kosong sebelum sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan. 

Jika anda tak tahan dengan rasanya yang 'tajam', boleh dicampur dengan setengah gelas air terlebih dahulu.


Jus tomato

Foto: Shutterstock/Timmary

Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluhMinum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.


Betulkah cara ini berkesan mengurangkan peluh? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri. Mungkin tidak berkesan pada anda, tapi berkesan untuk orang lain. Namun, tak rugi untuk mencuba bukan? - CARI
31

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
26

Sedih
26

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-5-2017 05:41 PM
Ada time2 peluh iols bau busuk..
Masa ni kena pakai sabun lifebouy atau dettol je..
Quote whadda 26-5-2017 05:43 PM
harap2 bangla2 semua timbul kesedaran tuk minum jus berkhasiat lagi membasmi bau ni
Quote siskepoh 26-5-2017 05:47 PM
byk je kawan2 yg gini. xkn nk tego. ops
Quote WhiskeyScotch 26-5-2017 06:02 PM
Pakai deodorant dah. Hilang bau busuk. Kalau still busuk tu kena sental lah satu badan dengan limau.
Quote kiambang 26-5-2017 08:20 PM
Dari buat jua tomato baik makan tomato je
Quote AlienGurlz 26-5-2017 10:37 PM
whadda replied at 26-5-2017 05:43 PM
harap2 bangla2 semua timbul kesedaran tuk minum jus berkhasiat lagi membasmi bau ni

Itupun kalau diaorang ada kesedaran la.
Quote Zasss777 27-5-2017 02:52 AM
Teh hijau mmg bagus!
Quote Felycya 27-5-2017 03:54 AM
Boleh jugak amalkan lepas siap mandi pakai sabun semua sental badan guna lemon/limau nipis/limau purut...
Badan harum semerbak daki pon tanggal plus kulit pon cerah berseri seri lagi.
Quote pooh~key 27-5-2017 05:34 PM
akak dok amalkan minum cuka epal tu.  tapi tanpa dicampur dengan cuka putih tu lah. maintain berbau jah ketiak akak ni lepas 12 jam kalau tak pakai deodoran. pokoknya, sila pakai deodoran iya wahai semua ummat.
Quote rayray28 27-5-2017 06:40 PM
Mcm iols mslhnya mmg kuat berpeluh..deodorant mmg xle missed..yg jenis spray mmg ada je dlm beg..yg x selesa tu mmg sbb byk berpeluh..kalau g gym toksah cakap lencun dia mcmane..mmg x best bila baju basah
Quote lmfh 27-5-2017 08:30 PM
LIMAU NIPIS PENYELESAIAN BAU BUSUK BADAN

sental je dengan limau nipis puas2.  untuk kali pertama lakukan dlm 3-4 hari atau seminggu setiap hari. kemudian lepas tu boleh lah sental seminggu sekali. yg penting sabun bersih2. lap juga kering2. kalau badan masih lembap2 bakteria cepat membiak tu yg bau busuk.
Quote armin 27-5-2017 09:04 PM
Aku amal minum apple cider tu jadi gastrik. Acidic kot. Tak amal dah
Quote matchstick 27-5-2017 09:43 PM
Aku mmg x pakai deodoran tp pakai spray dr mist yg xde bau tu. Tp kalu sembur sikit je nt dh petang sikit berpeluh ada lah bau ketiak masam. So pagi2 kena sembur smpi lencun ketiak baru x bau smpi malam.
ACV tu aku minum jgk dgn madu x campur cuka putih, tp xminum hari2.. Selalu lupa
Quote lmfh 27-5-2017 10:36 PM
korang ni dok mengeluh2.. tu aku dah bagi petua guna limau nipis. cubalah . ikan yg hanyir tu pun kalau sental dgn limau hilang hanyir dia.

deodorant ni semua hanya sementara je. dah tu kalau dah kena terik mentari keluar segala hapak bau badan brsatu dengan deodorant  tu.  tengik.

cuba lah limau nipis tu. ni nasihat aku paling ikhlas. murah je pun limau tu.
Quote LautBiru52 28-5-2017 10:11 AM
lmfh replied at 27-5-2017 10:36 PM
korang ni dok mengeluh2.. tu aku dah bagi petua guna limau nipis. cubalah . ikan yg hanyir tu pun ka ...

Lepas sental limau tu kne bilas x? Sori aku noob sikit
Quote MeghanK 28-5-2017 10:19 AM
@KILL_NANCY test
Quote KILL_NANCY 28-5-2017 10:23 AM
MeghanK replied at 28-5-2017 10:19 AM
@KILL_NANCY test

kenape?
Quote MeghanK 28-5-2017 10:24 AM
KILL_NANCY replied at 28-5-2017 10:23 AM
kenape?

exceed limit la..tak boleh dah

bertabah la
Quote KILL_NANCY 28-5-2017 10:26 AM
MeghanK replied at 28-5-2017 10:24 AM
exceed limit la..tak boleh dah

bertabah la

laaa ye keeee

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.061346 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top