Kata orang, bekerja makan gaji memang sukar untuk hidup mewah. Kalau bekerja sendiri, kena caranya memang boleh kaya raya.
Mungkin terdetik dihati kita untuk memiliki syarikat sendiri suatu hari nanti apabila melihat ramai rakan-rakan sudah menjadi usahawan berjaya. Tetapi jangan cepat berangan dulu, ini kerana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah semudah yang disangka. Kerjaya sebagai seorang usahawan sentiasa dibayangi oleh cabaran dan risiko. Sebagai contohnya, kisah pengusaha vending machine ini mungkin salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan. Seperti mana paparan video di bawah ini, pengasas Adamo Vending Supply mendakwa telah ditipu oleh pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas beliau memenangi tender.
Untuk meletak vending machine atau mesin layan diri, pengusaha yang dikenali sebagai Encik. Kabul mendakwa beliau dikehendaki membayar sewa tapak untuk setahun secara sekaligus. Sewa tapak berkenaan adalah berjumlah lebih dari RM42,000 untuk setahun. Selain cara bayaran sewa tapak yang dikatakan tidak masuk akal, pengusaha terbabit turut terkejut apabila tapak yang telah disewa olehnya sudah ada beberapa vending machine yang lain. Menurut pengusaha itu lagi, beliau cuba meminta penjelasan dari pihak pengurusan UiTM mengenai vending machine yang berada di tapak yang telah disewa olehnya itu. Namun jawapan yang diberikan oleh kakitangan tersebut sangat mengecewakan. "Encik Kabul tak payah persoalkan lah mesin itu milik siapa. Itu mesin pensyarah kat sini, under koperasi" kata kakitangan tersebut. Merasa marah dan tertipu, pengusaha itu menghantar emel aduan dan ingin berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan tertinggi untuk berbincang lebih lanjut tentang permasalahan yang dihadapinya. Namun emel yang dihantar tidak mendapat sebarang respon dan pihak pengurusan UiTM tersebut juga seperti tidak mahu berjumpa dengannya. Lebih menyakitkan hati, bukan sahaja aduannya tidak dilayan malah beliau turut menerima surat notis dari pihak pengurusan UiTM mengarahkan beliau membawa keluar vending machine miliknya yang berada di dalam UiTM tersebut. Mungkin sudah hilang sabar dilayan sedemikian rupa, akhirnya pengusaha terbabit mengambil keputusan untuk mendedahkan tentang masalah yang dihadapinya melalui Facebook Live. "Saya masuk tender dan saya menang tender. Saya bukan main-main. Tapi kenapa dalam tu ada 5 biji mesin lecturer lain?" "Ini ke UiTM yang dikatakan nak tolong bangsa Melayu. Tak payahlah, tak payah nak tolong-tolong sangat. Ok lah saya akan keluarkan mesin saya". Di penghujung video, pengusaha itu juga memberitahu bahawa beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlakunya gejala "main duit dan main wayang" di kalangan pengurusan UiTM tersebut. Apapun, cerita sebenar belum dapat dipastikan. Jadi janganlah cepat membuat sebarang andaian. Lebih baik kita tunggu pula penjelasan dari pihak UiTM terbabit. - CARI Loading FB Video... |
43
Bagus |
47
Marah |
36
Terkejut |
24
Sedih |
27
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT