Menjelang waktu berbuka, ada sahaja bayangan makanan terlintas di fikiran. Bagi mereka yang sering ke dapur tu, macam-macam resipi bermain di kepala. Mana yang tak berapa nak 'hebat' bermain di dapur pula, pakat request je la kan?
Dalam senarai panjang tu, mesti ada terselit bubur cha cha kan? Sedapnya dimakan waktu berbuka. Selepas menunaikan solat Tarawih pun, gigih berulang makan bubur ni. Apa yang menarik bubur cha cha ni adalah warnanya yang meriah! Nampak seronok saja nak makan. Jom tengok resipinya! Bahan-bahan: 1 cawan keledek kuning dipotong dadu
1 cawan keledek merah dipotong dadu 1 cawan keledek ungu dipotong dadu 1 cawan tepung cha cha 800ml santan 3/4 cawan gula pasir (kurangkan jika mahu kurang manis) 1/2 sudu teh garam sehelai daun pandan disiat dan disimpul Opsyenal: Boleh juga ditambah bahan lain seperti jagung dalm tin, kacang merah, pisang atau apa sahaja anda mahukan. Caranya: 1. Rebus keledek kuning bersama keledek oren hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan. 2. Rebus tepung cha cha hingga kembang. Angkat, toskan dan ketepikan. 3. Akhir sekali rebus keledek ungu hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan. 4. Didihkan santan bersama gula, daun pandan dan garam sehingga gula larut, kemudian masukkan kesemua bahan rebus. 5. Gunakan api perlahan, kacau selalu dan masak hingga kuah mendidih. Siap dihidang dan dinikmati! Keharmonian warna bahan-bahannya buat mata menjadi segar memandangnya. Betul-betul menggoda seleral! Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka sebentar lagi. - CARI
|
28
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:13 PM
Yaaaaaaaaaaaa Allah! Baru 2pm rupanya...! Ingatkan dah jam 5!
Nak tanya - kenapa keledek u ...
chinta89 replied at 30-5-2017 02:25 PM
iols x sure kenapa.. ke kaler dia 'turun' dan mempengaruhi warna rebusan ubi lain?
iols kalau m ...
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:13 PM
Yaaaaaaaaaaaa Allah! Baru 2pm rupanya...! Ingatkan dah jam 5!
Nak tanya - kenapa keledek u ...
imransulaiman replied at 30-5-2017 02:30 PM
Ooooo mungkin sebab takut warna ungu tu merosakkan warna kuning dan oren tu...
Awak kalau ...
itsmeshikin replied at 30-5-2017 02:33 PM
maybe sebab takot kaler unggu tu menurun ke kaler kuning n oren..
so jadik xcantik kalernye nanti ...
chinta89 replied at 30-5-2017 02:50 PM
ckp psl mkn terus rasa lapar
ADVERTISEMENT