Bagi anda yang obses membeli kasut, mesti pernah menggayakan pelbagai rekaan dan bentuk dari sepatu rendah sehinggalah tumit tinggi.
Bagaimana pula jika ada kasut yang direka begitu istimewa dan menyerupai seekor burung merpati? Tak pernah terfikir sebelum ini kan? Namun pereka terkenal dari Jepun yang dikenali sebagai Keiko Ohata, 47 ini punyai idea yang begitu kreatif sekali. Disebabkan kecewa tidak dapat mendekati burung merpati, Keiko cuba untuk mereka sesuatu supaya dapat berdiri sehampir mungkin dengan haiwan ini.
Sumber Borepanda mengatakan yang wanita ini menghasilkan sepatu burung merpati dengan menggunakan kasut tumit tinggi yang dibelinya dengan harga yang murah sebelum menstransformasikannya menjadi sesuatu yang hebat dan luar biasa. Dia berjaya menyiapkannya dalam masa beberapa hari dan hasilnya sangat cantik dan mengagumkan. Tengok sahaja sendiri, comel bukan? Berjalan di sebuah taman di Jepun, Keiko juga memakai pakaian dengan warna yang sama dengan burung merpati supaya tidak menakutkan haiwan berkenaan. Bukan sahaja mendapat perhatian dari burung, malah orang sekeliling yang ada di situ juga tertarik dengan sepatu yang dipakainya. Kalau anda nak rasa pakai kasut yang sama, boleh sahaja hasilkannya sendiri dengan merujuk gambar di bawah: Ada yang rasa nak cuba jalan-jalan pakai kasut ini tak? Mungkin selepas ini ada idea 'gila' lain yang akan muncul dari pereka ini. Nantikan sahaja sama-sama. -CARI
|
46
Bagus |
34
Marah |
45
Terkejut |
24
Sedih |
24
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT