Sebuah video perang mulut antara beberapa lelaki India dengan anggota polis trafik mula tersebar luas di media sosial semenjak dimuat naik ke laman Facebook enam jam lalu. Menerusi video berdurasi 1 minit 5 saat, beberapa orang lelaki India kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan polis trafik yang ingin menyaman kenderaan mereka. "Hormat sikitlah bang, cakap 1 MALAYSIA. Masa solat Jumaat kenapa you tak saman? Kalau abang betul-betul mahu ikut arahan, Jumaat pun you sekali buat" kata salah seorang dari lelaki India kepada anggota polis trafik tersebut. Difahamkan, beberapa orang penganut Agama Hindu tersebut ingin sembahyang namun kerana Kuil tidak mempunyai tempat parkir yang cukup jadi mereka terpaksa parkir kenderaan di tepi jalan berhampiran kuil tersebut.
Loading FB Video... Berdasarkan video tersebut, sesetengah netizen menyokong tindakan sekumpulan lelaki India itu dan beranggapan tindakan anggota polis tersebut adalah "double standard". Manakala sesetengah netizen yang lain pula menyokong tindakan anggota polis tersebut menyaman kenderaan yang menghalang lalu lintas di jalan utama. Apa pun, janganlah cepat melatah dan mengaitkan rakaman video tular ini dengan isu perkauman atau agama. Mungkin kita perlu menunggu penjelasan dari kedua-dua belah pihak tentang apakah sebenarnya yang berlaku. - CARI. |
35
Bagus |
25
Marah |
32
Terkejut |
31
Sedih |
28
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Victorioussss replied at 2-6-2017 06:48 PM
Harap masa pecah kelapa nanti polis ramai2 pergi mrr2. Padan muka, park macam kelyng. Jumaat pun kit ...
ADVERTISEMENT