Dilaporkan dua hari sebelum insiden tujuh orang maut dalam serangan di London Bridge, kumpulan militan ISIS telah mengeluarkan amaran bahawa satu lagi serangan ke atas United Kingdom (UK) pasti akan berlaku. Memetik laporan akhbar mingguan Al-Naba kepada PJ Media yang disiarkan secara dalam talian, membuat ancaman tersebut dalam satu artikel berhubung pengebom serangan Manchester, Salman Abedi yang menceritakan tentang seorang tentera dari IS telah melakukan keganasan di seluruh Britain. "Kehadiran mereka membuat tentera di bandar-bandar, menggerakkan pasukan polis di jalan-jalan berikutan kebimbangan terhadap serangan baharu yang tidak dapat dielakkan." Insiden yang berlaku pada Sabtu malam itu turut mengakibat 48 orang cedera.
Serangan dilakukan oleh tiga penyerang yang memandu sebuah van merempuh orang ramai di pejalan kaki di London Bridge dan bertindak menikam penduduk secara rawak di kawasan Borough Market. Tujuh disahkan terbunuh dalam dua kejadian serangan di London dan tiga suspek ditembak mati oleh polis.- CARI |
7
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT