CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masalah Cuaca, Kemahiran Juruterbang Jadi Punca Nahas Helikopter Di Sg. Batang Lupar

6-6-2017 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3746| Komen: 14



Dua faktor utama telah dikenal pasti menjadi punca kepada nahas helikopter yang mengorbankan seorang timbalan menteri dan lima lain di Sungai Batang Lupar, Sarawak pada Mei tahun lalu.

Demikian kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas Majlis Pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) kelmarin di ibu negara.

Memetik laporan Bernama, beliau menjelaskan masalah cuaca dan juruterbang tidak biasa dengan keadaan persekitaran dikenal pasti telah menyebabkan helikopter berkenaan terhempas.

“Kalau juruterbang fasih dengan keadaan di sana (sudah pasti) boleh elak ribut, tapi juruterbang hanya ikut alat pengesan lokasi (GPS) dan terbang merentasi ribut itu."

Beliau mengulas laporan akhir nahas helikopter Kuching Sarawak telah siap dibentang ke Kabinet pada bulan lepas dan bakal dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk tatapan umum dalam masa terdekat.

Dalam nahas helikopter di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, Kuching Sarawak pada Mei tahun lalu mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima penumpang lain.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kemalangan udara berulang lagi seperti mana yang berlaku dalam tragedi helikopter di Batang Lupar, beliau juga mencadangkan juruterbang asing menjalani kursus khas penerbangan helikopter dalam negara sebelum mereka dibenar menerbangkan pesawat itu di negara ini.- CARI


24

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ocho 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun
Quote cheergirlz 6-6-2017 11:57 AM
jd sebelum nie x penah ada kursus laa pilot asing bawa heli dlm negara..asal bole bawa jer...errmm..
Quote pusak_lanji 6-6-2017 01:11 PM
area tu memang tiupan  angin mmg "lain"
Quote deekhan 6-6-2017 01:44 PM
takziahhhh
Quote slavehunter 6-6-2017 01:46 PM
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun

Cannot say like that....punca nahas no 1 adalah weather. Looks like pilot foreigner tak mahir dgn perubahan dan selok belok certain weather kat sarawak tu tapi if pilot local yang dah biasa lalu situ mungkin boleh elakkan kot.
Quote nozanoor 6-6-2017 02:39 PM
Kemalangan
Quote -electrifying- 6-6-2017 02:41 PM
setahun nya kes 2 je punca?
Quote dodolgemok 6-6-2017 03:03 PM
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun

Mana ada cuaca semata2. Kan ditulis tu faktor cuaca dan pilot. Baca kasi habis dulu baru boleh kecam. Kalau x duduk diam je dekk
Quote dodolgemok 6-6-2017 03:04 PM
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun

Mana ada cuaca semata2. Kan ditulis tu faktor cuaca dan pilot. Baca kasi habis dulu baru boleh kecam. Kalau x duduk diam je dekk
Quote SalenaGomez 6-6-2017 03:43 PM
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun

Nak bagi senang claims insurance kot
Quote neurelle 7-6-2017 12:50 PM
Yes its true. waktu election aritu,mostly diaorg import heli yg di datangkan bersama pilot dr pilipin.. usually just briefing pasal topografy n kedudukan lokasi tmpt tu.. and yes they are not familiar dgn sesuatu tmpt tu.. mmg la ada map,gps and air traffic controler in the end macam kita gak.. siap ada waze pun boleh sesat.. they r not local pilot yg setiap hari in and out interior swak,kekurangan kt situ la.. setakat familiarization flight tu apala sgt...
Quote harisanis 12-6-2017 01:32 PM
kesian sgt kpd mangsa
Quote Changa 12-6-2017 01:37 PM
dodolgemok replied at 6-6-2017 03:03 PM
Mana ada cuaca semata2. Kan ditulis tu faktor cuaca dan pilot. Baca kasi habis dulu baru boleh kec ...

acik2 kepam ni kan pakar aviasi,,,harus la mereka lebih tahu konsep procedure siasatan nahas aviasi ini
kalau ada kesah bom pun nanti same acik kepam yang akan jadi pakar bom pula
Quote xy_daen 12-6-2017 02:11 PM
Area kemalangan memang aliran udara dia merbahaya untuk heli. Dan sungai2 yang penuh dengan buaya..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036402 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top