Kalau sebut tentang kreativiti dalam berfesyen, memang tidak terbatas rasanya. Memang banyak gaya dan hasil cetusan idea dari pereka diterjemahkan dengan penghasilan produk dari pakaian hinggalah kepada kasut.
Baru-baru ini ramai kecoh tentang kasut keluaran terbaru dari Gucci. Sebabnya? Sekali pandang, nampak macam kasut sekolah kotor dan tak cuci sebulan! Kalau dulu tular dengan beg persis nasi lemak bungkus keluaran Hermes dan beg Balenciaga yang serupa macam beg platik IKEA, kali ini kasut keluaran Gucci ini pula yang jadi perhatian. Disebabkan warnanya yang bercampur antara putih, coklat, kelabu dan hitam menjadikan ramai yang mengatakannya kelihatan lusuh dan buruk sedangkan ianya dijual dengan harga yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.
Lagi lucu bila ramai netizen yang mempersendakan kasut ini dan tak sangka kebanyakan fesyen-fesyen 'buruk' ini dikeluarkan oleh jenama-jenama mewah yang terkenal di dunia. "Ini bukan Gucci, ini tak cuci sebulan." "Macam kasut sekolah aku dulu je ni, boleh kene saman ni copy." "Seriuslah! hahahaha.. Macam kasut aku bawa pergi potong rumput je." "Memang dah tak ada idea diorang ni. Agaknya dapat ilham keluarkan kasut ni sebab tengok kasut kotor." Bukan itu sahaja, gaya 'kasut kotor' ini rupanya bukan pertama kali dikeluarkan. Menurut Vogue, sebelum ini juga ada jenama mewah terkenal lain pernah mengeluarkan koleksi kasut yang boleh diumpamakan seperti 'kasut yang kotor selepas terpijak lumpur.' Tak cukup dengan itu, ada juga kasut seperti di bawah. Yang ini macam kasut sekolah yang diconteng pula kan? Lepas ini kalau cikgu-cikgu di sekolah marah sebab kasut sekolah kotor atau berconteng, mungkin boleh bagi alasan ianya adalah fesyen? Apa pun, orang yang tahu tentang fesyen sahaja pandai untuk menilai kreativiti sebegini. Ada yang teringin nak beli juga ke? -CARI |
31
Bagus |
37
Marah |
22
Terkejut |
43
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT