Jika berkunjung ke restoran Cina Muslim, kebiasaannya antara menu istimewa yang wajib dicuba adalah hidangan Ayam Masak Cili Kering.
Lauk yang satu ini memang lain daripada masakan biasa kerana rasanya yang masam, manis dan pedas. Memang sesuai sangat dijadikan hidangan untuk berbuka puasa. Mesti terangkat! Tapi mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara nak memasaknya sendiri di rumah kan? Bolehlah tunjuk hebat memasak di depan keluarga nanti. Nah, kami kongsikan resipi Ayam Cili Kering stail Cina Muslim paling simple buat anda. Bahan-Bahan: Bawang merah - mayang dan potong besar (2 versi) Bawang putih - mayang Lada besar 1 biji - mayang Cili padi 3 biji - mayang Cili kering 10 tangkai - potong kecik kecik Daun kari Sos cili, sos tomato dan sos tiram Paste asam jawa Tepung gandum Telur Cara-cara 1) Ayam dipotong kecil atau besar terpulang kepada citarasa masing-masing. Basuh ayam dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Goreng. 2) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing. 3) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar. 4) Letak semua sos tadi secukupnya mengikut kuantiti ayam dan masukkan sedikit air. 5) Biar sedikit pekat. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 6) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul hingga sebati. Siap! Siapa kata susah nak buat resipi ini? Terbukti memang senang. Jom cuba! -CARI Kredit resipi: Fatin Pauzi
|
11
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zawara replied at 7-6-2017 12:22 PM
baru je masak ni buat juadah berbuka haritu.. sdp sgt...
Lorra2411 replied at 7-6-2017 12:59 PM
resepi dia sama jugak ke?
zawara replied at 7-6-2017 03:26 PM
yep sama je.. sedapppp
ADVERTISEMENT