Pengganas menyerang Parlimen Iran sewaktu ia bersidang dan makam Ayatollah Khomeini, pengasas republik Islam itu yang dipuja ramai. Memetik laporan Malay Mail Online, serangan yang pertama kali berlaku di negara tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh di Parlimen yang dikatakan sedang berlangsung persidangan ketika itu. Tiga penyerang bersenjatakan pistol dan mesingan AK-47 menyerbu bangunan itu di tengah Tehran dan dilaporkan salah seorang daripada mereka meletupkan diri. Setengah jam kemudian, pengganas melepaskan tembakan di makam Khomeini di selatan ibu negara itu dan menyebabkan beberapa orang awam mengalami kecederaan. Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan menyiarkan video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata dalam bangunan Parlimen dan seorang lelaki yang dilihat mengalami kecederaan.
Menurut seorang wartawan, ketika kejadian dia berada dalam bangunan Parlimen dan melihat dua lelaki melepaskan tembakan rambang. Kementerian Perisikan Iran memaklumkan, pasukan keselamatan telah menahan ‘sekumpulan pengganas’ yang merancang untuk melancarkan serangan ketiga namun tidak memberi maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, dilaporkan seorang meletupkan jaket mengandungi bom, seorang lagi ditembak mati pasukan keselamatan dan beberapa pengganas berjaya ditangkap.- CARI |
18
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
30
Sedih |
24
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT