Wah, tahniah Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha kerana selamat menimang cahaya mata ketiga pada jam 10.52 pagi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, semalam (Isnin).
Apa yang mengujakan pasangan itu adalah mereka akhirnya memiliki anak perempuan yang comel! Berita gembira itu dimaklumkan Zaquan menerusi akaun Instagram miliknya. "Alhamdulillah dengan izin allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi.
"Syukur pada-Mu ya Allah," tulisnya. Berita gembira itu turut dikongsikan kakak Ayu iaitu Rozita Che Wan yang mesra dengan panggilan Che Ta menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut mStar Online, Ayu dalam satu temubual pernah menyatakan impiannya untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan tuhan. Ayu dan Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak diijabkabulkan pada 2011. Hasil perkahwinannya dengan pemain bola sepak Perak itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3. Tahniah sekali lagi buat pasangan berkenaan kerana impian untuk menimang cahaya mata perempuan dimakbulkan jua. - CARI
|
21
Bagus |
11
Marah |
20
Terkejut |
26
Sedih |
27
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT