CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Datang Berbuka Je Bukan Nak Sembahyang, Ambil Satu Sudah!"

13-6-2017 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13480| Komen: 119|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bila tibanya bulan Ramadan, majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid dan surau adalah sangat sinonim di negara ini.

Bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim, majlis seperti ini juga memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati juadah yang disediakan.


Namun sayangnya kisah yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini ini membuka mata kita tentang sikap segelintir manusia yang boleh disifatkan sebagai biadab.

Seorang wanita yang datang untuk berbuka puasa di sebuah surau di Bayan Baru dimalukan dengan teruk sekali oleh lelaki tua yang dipercayai salah seorang ahli jawatankuasa surau terbabit.

Wanita tersebut disergah semasa mahu menambah lauk udang sebanyak dua ekor lagi untuk berbuka puasa.


"Mana boleh ambil banyak, mai nak berbuka saja bukan nak sembahyang pun. Ambil satu sudah!"

Bayangkan sahaja muka dan reaksi wanita terbabit apabila dilayan sebegitu , apatah lagi ianya berlaku di dalam sebuah surau.

Foto: Penang Kini
Netizen yang membaca kisah ini masing-masing meluahkan perasaan kecewa dengan sikap lelaki tua terbabit.
"Orang tua macam ni lah yang buat orang muda tak nak pergi surau."
"Itu rezeki orang ramai, apa hak kau tak bagi orang ambil lauk."
"Alim konon duk surau, tapi otak tak ada malukan orang."

Terkilan rasanya bila mendengar mereka yang lebih tua langsung tidak memberikan contoh yang baik kepada yang lebih muda.

Rezeki adalah untuk dikongsi bersama dan sepatutnya sikap negatif sebegini perlu dibuang jauh-jauh dari diri kita. Apa kata anda? -CARI
20

Bagus
22

Marah
9

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 13-6-2017 11:10 AM
aku pun x suka kalau org jemput kita dtg ke kenduri dia tp kena bgtau dtg ke tak sbb nak budget mknn...mmg aku xkan dtg la...
Quote fox. 13-6-2017 11:11 AM
nampak sedap makanan atas meja itu. ayam masak merah iya
Quote Zasss777 13-6-2017 11:16 AM
Tak perlu la malukan org sampai mcm tu sekali pakcik. Biarlah dia nak makan dah rezeki dia Allah nak bagi.
Quote Themilo 13-6-2017 11:22 AM
jangan pikir tekak kau sendiri je kak.. takut-takut ramai je lagi yang tak cukup makan..
Quote LautBiru52 13-6-2017 11:34 AM
doa orang yg berpuasa tidak akan ditolak ketika hendak berbuka puasa..sahih2 la makcik tu ambil lauk utk berbuka puasa..takut2 lepas dimalukan makcik tu minta Allah balas  balik perbuatan pakcik..tak takut ke pakcik..ujian Allah ni ada macam2 cara ye..
Quote swayne 13-6-2017 11:41 AM
mamapea replied at 13-6-2017 11:10 AM
aku pun x suka kalau org jemput kita dtg ke kenduri dia tp kena bgtau dtg ke tak sbb nak budget mknn ...

Tapi ni trend sekarang kan. Diorang wajibkan kita rsvp. I pernah dapat invitation kawan i kahwin, dia jemput i je. Then i tanya boleh ke i bawa partner, dia jawab 'sorry you, i dah budget dah berapa yang i jemput' So i tak pergi pun. Then bila i risik risik, ramai je kawan tak datang.
Quote bobo_beck 13-6-2017 11:44 AM
mamapea replied at 13-6-2017 11:10 AM
aku pun x suka kalau org jemput kita dtg ke kenduri dia tp kena bgtau dtg ke tak sbb nak budget mknn ...

kena paham... orang yang buat kenduri kena pastikan makanan cukup utk tetamu.. sebab ada jugak jenis org ni yg kata xdtg alih2 dtg plak..
pastu ada gak perangai yg dtg mcm rombongan.. tuan rumah xkesah sgt benda2 camtu..tp mereka akan malu dan dikata org kalau kendurinya xcukup makanan untuk tetamu... setiap perkara klau dipikirkan positif maka positif la ia.. maybe yg xde pengalaman buat kenduri xdpr merasainya

Quote helicornia 13-6-2017 11:44 AM
yg kakak tu pn ingat2 le org belakang. mentang lauk udang
Quote paz 13-6-2017 11:48 AM
Amboi pakcik, bukan main malukan orang.
Quote bobo_beck 13-6-2017 11:49 AM
swayne replied at 13-6-2017 11:41 AM
Tapi ni trend sekarang kan. Diorang wajibkan kita rsvp. I pernah dapat invitation kawan i kahwin,  ...

ok la tu.. dia berterus terang.. sbb kebanyakan org akan jwb xpe bwk la tp dlm ati mengata sbb last minit baru nk bgtau bwk partner la..bwk adik2 la ipar duai la.. sepatutnya bile dia jwb xboleh anda bgtau yg anda xdpt hadir klau xde partner so tuan rumah mungkin bleh jemput org lain n xmembazir... pikir yg positif maka positif lah jadinya..


Quote prettyuglybabe 13-6-2017 11:50 AM
ajk nak tapau lauk bawak balik kot

tapi apa pun, adab sebagai orang yang datang berbuka tu, makan je la apa yang ada..
ada sikit, makan sikit.. ada banyak, makan la banyak..
jangan tamak sangat makan tahap nak kenyang sampai sahur..
mungkin pakcik tu tak nak orang membazir..
kadang ada jemaah yang lambat tapi lauk tak cukup sebab ada yang amik lebih..
lagi pun kena la adil kan..
kalau tiap jemaah dapat sekor, so dia pun patut dapat sekor..
nanti apa pula kata jemaah yang lain..
mungkin cara teguran pakcik tu kasar kot..
tapi bukan orang kata orang utara ni memang cakap kasar ke
Quote WajibulGhunah 13-6-2017 11:52 AM
Cakap elok2 tak boleh ke pakcik tu?
Ptot la ank muda skang mcm tu
Contohnya org tua pun sama prangai
Kalau takut lauk x cukup pun.. cakap leklok kt akak tu "maap nak, pakcik bukan apa tapi kalau nk tambah pun lps semua org dah amek bla bla bla..."
Tak perlu kot nk ckp cntu...
Quote haryatie 13-6-2017 11:54 AM
mmg cra pakcik tu memalukan org tu
tp akak tu pun ingat2 la org belakang
coz ada jerk org mcam ni...ambil byk2
at last org kemudian dpt mkn nasi jerk
benda2 mcm ni bukan kt surau jerk berlaku
kat ofis pun sama..asal mkn free melimpah limpah kat pinggan sendiri
x ingt org kemudian..lain la semua org da mkn..
mkanan tu berlebih boleh la nak tapau
Quote talapia 13-6-2017 12:00 PM
pakcik tu patut tegur baik2 je la... taktaula kot kan tukang repot ni yg lebih2...

tapi akak tu pon agak2la.. tau la lauk udang.. dah dapat satu tu udahle.. nak menambah kat periuk sendiri pulak... agak2la..

aku slalu je jumpa.. orang2 yg kita nak jamu makanan percuma ni.. ada je yg melebih2... tak bersyukur dengan yg dah sedia ada.. tak segan silu menapau nak bawak balik la... menambah sendiri la.. mcm kes ni la... gi senduk kat periuk sendiri. kan tak bagus tu..

lainla kalau dalam mangkuk hidang. or dalam tray buffet. ko nak tambah lantak la.. ni sampai kena senduk sendiri dari periuk... tak sesuaila kak...

kadang tu... AJK surau dah asingkan utk kumpulan2 lain.. bersangka baik la.. cuma next time.. tegur elok2 pakcik... n akak.. makan apa yg dihidangkan ajela ye.. xyah gigih selongkar periuk tuan rumah pulak
Quote nisako 13-6-2017 12:07 PM
patut ckp baik baik jaa
Quote biskutraya 13-6-2017 12:10 PM
kt tpt aku, kalau dtg bawak makanan ni utk bg mkn orang ramai2.. yang kat dapur tu dah tapau dulu baru hidang. die cakap nanti habis x sempat merasa. ade pulak nak bungkus sebab nak bagi anak cucu laki makan kat rumah.
Quote skinsandstars 13-6-2017 12:11 PM
Duh benda ni pun nak viral ke? Batak facebook and viral sangat.
Quote M.Rose 13-6-2017 12:41 PM
Dua2 kena blaja jadi manusia bertamadun skit. Pkcik tua blh tak perlu kemut. Silap haribulan makanan tk habis. Org mesejid yg bwk blk semua makanan. Klau nak tegur pun, in private tk leh ke? Akak tu lak mcm tkde esok bgi mu. Upama 4 thn x makan. Klau amik mkn takpa. Klau buang? Konklusi nya dua2 muhasarwak diri dulu. X prlu viral pun.
Quote kiambang 13-6-2017 12:44 PM
Pakcik tu tak patut malukan akak tu ... terbantut nak ke masjid atau surau ..mula mula memanglah nak berbuka .. lama lama mungkin terbuka hati nak sembahyang dan mengaji si masjid / surau.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058923 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top