Panas! Pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri, semalam memuat naik beberapa video memaparkan kejadian pembantu rumahnya 'dicekup' kerana kantoi mencuri.
Menerusi video itu, kelihatan Aliff sedang memarahi dua pembantu rumahnya yang dipercayai cuba melarikan diri. Jelas Datuk Terlajak Laris itu sangat kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia itu selepas didakwa mencuri tudung dari kain sutera bertatahkan batu Swarovski yang dibeli dari Itali milik isterinya. "Saya dah bagi bermacam-macam kemudahan, baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia.
"Saya harap jangan ada yang terkena dengan bibik ni," tulisnya di Instagram. Selain beberapa pakaian lain yang turut dicuri, mereka juga didakwa mencuri wang RM100. Siapa tak berang jika orang dipercayai membuat onar, kan? Disebabkan itu, Aliff bertegas melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Bagaimanapun, pagi ini Aliff memuat naik sebuah lagi video untuk memberi penjelasan mengenai kejadian semalam. Foto: TV Terlajak Laris Dalam video berkenaan, Aliff memaklumkan semuanya telah selesai dan pelaku sebenar sudah dikuarantin sementara, Fitri (salah seorang pembantu rumah yang dimarah sebelum itu) terbukti tidak bersalah. Menurut Fitri, dia tidak tahu-menahu perbuatan rakannya yang mencuri dan mahu mengaburkan diri itu. "Saya cari tudung Datin semalam, tapi tak jumpa. "Dan saya yang kena marah sebab sayalah tukang gosok tudung itu," katanya. Tuan rumah dah bagi macam-macam kemudahan, tapi itu balasan dia, ya? Apapun, sabar sajalah Datuk. - CARI
|
31
Bagus |
23
Marah |
27
Terkejut |
25
Sedih |
29
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT