Wah! Mampukah gandingan Alif Satar dan Neelofa mencetuskan fenomena selepas Fattah Amin? Memetik portal Astro Gempak, kedua-dua pelakon itu bakal menerajui drama bersiri baharu 'Red Velvet'. Teruja betul Alif dapat bergandingan dengan Neelofa dalam drama berkenaan, ditambah pula dramanya mempunyai jalan cerita menarik dan berkualiti. "Masa mula-mula ditawarkan itu saya dengar Neelofa yang mahukan saya bergandingan dengannya dalam drama ini. "Sebenarnya saya tidak kisah dengan siapa saya berlakon asalkan saya dapat naskah yang mempunyai kualiti. "Setelah membaca skrip dan tahu jalan ceritanya saya rasa drama ini mempunyai kualiti tersendiri dan menarik untuk diketengahkan. "Apa-apa pun saya teruja untuk melakukannya kerana sudah tiba masanya kita tampil dengan drama berkualiti serta orang-orang yang berkualiti di kaca TV," katanya kepada Astro Gempak. Bagi yang tak sabar ingin menyaksikan 'chemistry' antara mereka, penggambaran drama itu bakal bermula selepas sambutan hari raya Aidilfitri. "Apa yang boleh saya beritahu watak saya dalam drama ini adalah seorang baker atau pembuat kek bercinta dengan seorang wanita yang dilakonkan Neelofa. "Rasanya selama berlakon ini, saya tiada masalah untuk cipta chemistry dalam lakonan kerana saya sering berjumpa dengan ramai orang baru dan saya pandai untuk berkomunikasi. "Namun, apa-apa pun kita lihat sahaja nanti chemistry kami selepas masuk set penggambaran," katanya. Wah, Neelofa sendiri yang nak bergandingan dengan Alif Satar. Meletup tak drama ni nanti? - CARI
|
25
Bagus |
16
Marah |
24
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meteorspeed replied at 15-6-2017 04:27 PM
pas nie geng geng lopattah dah boleh berkubur ok..korank buat la # lain ok.. jgn nak taksub sangat ...
Loginlogoff replied at 15-6-2017 04:35 PM
drama ni berapa ratus episod?
ADVERTISEMENT