"Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkata apa-apa sebelum keluar bekerja, semuanya seperti biasa." "Kami bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Ayah selalu mengimamkan solat apabila pulang ke sini." Demikian luahan Mikail Adam Riaz yang berusia 11 tahun yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof berhubung saat terakhir bertemu bapanya sebelum mendapat panggilan memaklumkan bapanya terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 petang kelmarin. Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham Mejar Yazmi dikatakan sempat mengimamkan solat Subuh bersama keluarganya sebelum keluar melakukan latihan menggunakan pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi kelmarin. Murid tahun lima itu berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan meminati kerjaya itu
"Kalau boleh saya hendak kerja macam ayah, dia beri banyak tunjuk ajar dan nasihat untuk menjadi juruterbang," katanya. Terdahulu, keluarga Allahyarham Mejar Yazmi menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah. Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli menziarah jenazah Yazmi dan Mohd Hasri. Yazmi dan rakannya, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terbunuh selepas terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai dekat Kemaman, Terengganu, hari ini. Pesawat mangsa terputus hubungan jam 11.30 pagi selepas bertolak dari Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 11 pagi.- CARI |
17
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Rahman+Mulhid replied at 20-6-2017 06:09 AM
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM
Penganut Zoroastrian
kucen_miang replied at 20-6-2017 12:43 AM
Muntz, perang_sivil, spiderman80
ADVERTISEMENT