Jangan sesekali disangka tugas seorang pelakon itu sebagai mudah. Ini kerana untuk menghidupkan watak, seseorang itu perlu bekerja keras agar ia tidak nampak kaku dan juga 'kayu'.
Itu yang dialami oleh pelakon Syafiq Kyle kini apabila dia mengakui tertekan dengan perkara itu sehingga menyebabkan berat badannya susut. Syafiq, 25 berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama Mencintai Mr Fotografer dan tekanan yang dilalui untuk menghidupkan watak itu memang besar. "Saya sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan watak kali ini agak berat dari segi penghayatan malah memerlukan saya untuk bermain dengan emosi. "Saya akui mengalami tekanan kerana karakter kali ini amat berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dan mungkin disebabkan itu saya nampak kurus. "Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan ketika menjalani penggambaran," katanya kepada Astro Gempak. Katanya lagi, drama tersebut akan disiarkan bermula 3 Julai depan menggantikan Hero seorang Cinderella. - CARI |
19
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT