Ramai antara kita yang memang gilakan makanan laut, lagi-lagi kalau dapat makan udang! Memang rasa nikmat sangat sampai tak terungkap dengan kata-kata.
Biasanya kalau di rumah, kita selalu masak udang goreng celup tepung. Muak juga kan bila ulang menu yang sama? Nah, cuba resipi Udang Sanggul ini sebab ianya memang istimewa. Rangup dan sedap sampai tak perasan dah licin ratah satu pinggan. Bahan-Bahan 20 ekor udang sederhana besar 1 cawan tepung gandum Sedikit garam Sedikit serbuk lada sulah Air secukupnya
Kulit popia Cara-Cara 1. Bersihkan udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor. 2. Perapkan udang tersebut dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan. 3. Bancuh tepung gandum dengan air sehingga mendapat bancuhan sederhana pekat. Ketepikan. 4. Ambil beberapa keping kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua dan gunting menjadi juraian yang halus memanjang. 5. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum. 6. Lilitkan udang dengan juraian kulit popia sehingga menutupi kesemua bahagian udang kecuali ekor. 7. Goreng sehingga garing dan kekuningan. Siap! Boleh dimakan begitu sahaja tapi kalau cicah dengan sos cili dan mayonis lagi sedap. Bukan udang sahaja, resipi ini boleh digantikan dengan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yang dipotong memanjang. Selamat mencuba! -CARI Kedit Resipi: Facebook Kerja Dari Rumah
|
18
Bagus |
20
Marah |
4
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Daisyna replied at 16-6-2017 01:58 PM
sedaynya,mesti rangup
myakayina replied at 16-6-2017 12:55 PM
mcm ngeri plk nak mkn..
kentel replied at 16-6-2017 03:41 PM
bila da sejuk dia punya liat tu...ngko rasa nk terbalikkan meja sungguh la
jazaa100 replied at 18-6-2017 09:11 AM
Kau ni....
Aku tgok mcm mnyelerakn je, kau blh kata ngeri....
myakayina replied at 19-6-2017 10:59 AM
aku terbayang balutan mumia tengok udang ni..
ADVERTISEMENT