CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Gajah Dibiarkan Maut Berlumuran Darah Di Bahu Jalan

19-6-2017 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5212| Komen: 29


sumber : Mstar


Seekor anak gajah berusia dua tahun ditemukan maut dan berlumuran darah di bahu jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli, kira-kira 130 kilometer dari Ipoh.

Memetik laporan Mstar, pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Loo Kean Seong berkata, pegawainya menemui anak gajah itu sekitar pukul 7 pagi Jumaat.

"Kejadian seperti ini jarang berlaku, kami berharap para penunggang motosikal lebih berhati-hati melalui jalan ini."

Jelasnya, pihak Perhilitan telah mengeluarkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab terutamanya kepada yang memandu lewat malam atau awal pagi.

Loo turut menggesa semua pengguna jalan raya di seluruh negara untuk menghubungi Perhilitan negeri sekiranya berdepan dengan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir dan harimau bintang.


"Hal ini memudahkan kami untuk membuat siasatan dan menanam bangkai haiwan itu daripada membiarkannya mereput di atas jalan," tambah beliau.- CARI
32

Bagus
36

Marah
27

Terkejut
35

Sedih
27

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (184 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 19-6-2017 10:50 AM
anak gajah tu tak bersalah...
Quote prizadane 19-6-2017 10:57 AM
kesiannya anak gajah tu, mesti sesat dari mak dia.
Quote harrypoter 19-6-2017 11:03 AM
kesianyeeee
Quote putehkundor 19-6-2017 11:05 AM
Tak sanggup nak tengok. Kesian sheols.
Quote taji2906 19-6-2017 11:16 AM
kena langgar ke apa?
Quote leylapple 19-6-2017 11:21 AM
kesiannya... kenapalah nak bawak laju2 kat kawasan gajah melintas...

takper, ari nie ko langgar anak gajah tu..esok lusa tgk lah sapa pulak langgar ko
Quote matamata 19-6-2017 11:22 AM
Ini kes kena langgar kereta atau lori kot, driver tentula tak berenti, karang mampus kene lenyek dgn mak dia, tp salah driver tu tak buat report
Quote CiliPadiSedap 19-6-2017 11:33 AM
anak gajah gedek gedek

ada belalai comel

ada telinga besar

jalan gedek gedek

nama saya gajah
Quote DeeHanania 19-6-2017 11:41 AM
Kesian yer...
Quote Lista 19-6-2017 11:44 AM
Pernah jumpa bangkai anak harimau mati kena langgar masa balik kampung.

Masa tu dah tinggal separuh rangka.

Sedih tengoknya padahal harimau spesies nak pupus kat negara ni.
Quote manehnya 19-6-2017 11:46 AM
siannya.. msti mak dia mengamok nanti
Quote idakamaruddin 19-6-2017 11:50 AM
2 thn lps iols lalu jalan ni blk beraye dr kelate nk ke umah mertua kt gopeng... mmg gelap gelita ok jalan ni..pastu rupanye dlm few minute dpn iols rupanye mmg ada sekawan gajah br lps melintas..iols perasan bila iols tgk belah kiri tgk dh tinggal ekor je gajah2 tu  masuk hutan

agaknye kalau iols cpt sikit mesti bertembung2 ngn gajah2 ni

Quote -electrifying- 19-6-2017 12:01 PM
kena langgar ka? kenapa mcm xde serpihan2 pon...
ke mmg gajah tu dh injured tp xde sekor pon mnusia nk report kt pihak berwajib?
Quote prettyuglybabe 19-6-2017 12:04 PM
kasihannya.. dah tiba masa pihak berwajib buat tembok tinggi kiri kanan jalan tu..
pastu buat la lintasan untuk binatang ni melintas..
Quote shuk_one 19-6-2017 12:04 PM
kesiannya dia...
Quote annehuda 19-6-2017 12:18 PM
sebab tu la orang cakap bawak kereta jgn laju2.  bila pasang aes bising, kereta cc besar buat pe bawak pelan-pelan. dah tu kalau bawak laju kalau tak terlanggar anak orang terlanggar anak binatang pulak

Quote sabbath_shalom 19-6-2017 12:23 PM
Bak kata @sekngucing yang lemah pasti akan mati kalau tak boleh survive....kitaran alam
Quote eizarz 19-6-2017 12:23 PM
abes la mak gajah ni naik minyak lps  ni..diamuk satu jalanraya tu..
Quote EncikRhoma 19-6-2017 12:33 PM
katanya gajah ni spesis pendendam kan? Dia kenal orang yg buat niaya kat dia

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.101591 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top