"Nama-nama yang saya sebut itu bukan bermaksud saya mengalu-alukan kedatangan mereka. Tetapi lebih kepada mengalukan semangat mereka." Pengacara Datuk Aznil Nawawi menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia melakukan kesilapan apabila mengumumkan kehadiran individu yang sudah meninggal dunia ketika mengacara majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri (PM) pada Ahad lalu.
Takkanlah bila Aznil sebut nama-nama berkenaan bermaksud mereka turut hadir pada majlis itu kan? Memetik mStar Online, antara nama disebut adalah Usman Awang, Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Ahmad Boestaman. "Pada majlis ini, kita nak raikan semua golongan termasuk sasterawan dan itu antara nama-nama besar dalam bidang masing-masing yang diberikan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.
"Saya juga ada sebut nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tapi tak bermakna beliau datang. "Memang mereka sudah tiada tapi itu tanda semangat mereka masih ada bersama," kata Aznil kepada mStar Online. Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil akui dia terima banyak perkara atau tugasan di saat-saat akhir, namun menganggapnya sebagai satu cabaran. "Saya tidak mengganggap perkara ini negatif. Teguran itu adalah suara untuk pembaikkan. Kalau diam saja, kita akan kerja cara kita. "Benda ini juga mengajar kita dan saya terbuka menerima teguran atau kritikan. "Bagi saya, suara mereka bukan sekadar tin kosong tapi ada sesuatu berguna," katanya. Sementara itu, majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 2,000 tetamu termasuk artis baru dan lama, sasterawan, karyawan, budayawan, seniman serta penyiar di kediaman PM di Sri Perdana, Putrajaya. Biasalah tu, manusia memang takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Yang penting kita sedar akan kesilapan itu dan bersedia untuk memperbaikinya, tak begitu? - CARI
|
13
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
9
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT