Pada minggu terakhir Ramadan yang suci ini, seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibuang di hadapan Surau Khusyairiah di Jalan Sungai Udang di Klang kira-kira pukul 5.35 awal pagi tadi. Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, bayi berkenaan ditemukan sudah meninggal dunia oleh seorang penduduk yang datang ke surau itu untuk menunaikan solat Subuh. "Mayat bayi itu ditemukan di anjung surau berkenaan dengan dibungkus bersama kain baju di dalam sebuah beg plastik."
"Siasatan awal tidak mendapati kesan cedera atau luka pada badan bayi terbabit." Mengulas lanjut, Alzafny memberitahu, mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan. Sehubungan itu, Alzafny juga berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Suresh ditalian 0102123186. Tambah Alzafny, kes disiasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.- CARI
|
16
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 22-6-2017 10:45 AM
ermm...kes buang lagi... x reti pakai kondom ke sis
-electrifying- replied at 22-6-2017 11:31 AM
DIKHABARKAN KONDOMNYA BOCOR SIS...
manehnya replied at 22-6-2017 11:58 AM
lain kali beli yg mahal sikit kt watson
-electrifying- replied at 22-6-2017 01:48 PM
kt watson pon mhl sis , baik duet tu buat check in hotel je, selalu nya pelakunya miskin...
manehnya replied at 22-6-2017 02:26 PM
cisss, chek in hotel ada plak duetnya..
pastu dh pregnen, bodoh buang anak merata2
JeNaB_PopPop replied at 23-6-2017 11:20 AM
area kwsan umah kaknab ni...sini ramai pendatang...kaknab speku anak yindon atau acheh ni. ayah kwn ...
shida81 replied at 23-6-2017 11:30 AM
K nab duk sg udang ke... Amboiii ntah2 sllu selisih
ADVERTISEMENT