Baru-baru ini, pelakon sensasi Johnny Depp dikatakan telah menarik perhatian ramai dengan menjadikan Presiden Donald Trump sebagai bahan jenaka ketika berada di festival muzik, Glastonbury. Memetik laporan Daily Mirror, Depp ketika itu berada dalam keadaan mabuk sambil meminta pelayan di salah satu lokasi filem Cineramageddon menyediakan tempat khas sebagai pentas untuk berseronok sepanjang malam. "Saya rasa dia perlukan bantuan dan banyak lagi tempat-tempat persembunyian yang dia boleh pergi," kata Depp. Tambah Depp, "Ini hanyalah soalan sahaja. Saya tidak menyindir sesiapa. Saya tahu, perkara ini menjadi topik utama di akhbar."
Selepas daripada itu, pelakon The Lone Ranger ini telah memohon maaf dan dia menyesal dengan kenyataan gurauan tersebut. "Saya ingin mohon maaf kerana bergurau dan menghina presiden Donald Trump. Saya tidak bermaksud apa-apa dan tiada niat jahat. Saya sekadar ingin berjenaka sahaja," ujarnya.- CARI
|
19
Bagus |
12
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT