Seramai 43 mangsa daripada tujuh keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter. Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian lewat tengah hari kelmarin melibatkan penduduk Kampung Sungai Kluang, Rengit yang ditempatkan di PPS Kampung Parit Jalai. Usaha memindahkan mereka dilakukan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). "Banjir berpunca daripada limpahan air pasang akibat benteng empangan atau pemecah ombak pecah. Kerja-kerja pembaikan sedang diuruskan oleh JPS Batu Pahat manakala bantuan telah disampaikan oleh JKM," katanya dalam kenyataan malam tadi.- CARI
|
9
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
7
Sedih |
20
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT