CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Tolonglah Jangan Makan Bersepah, Di Mana Adab Kita?

30-6-2017 03:56 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 10989| Komen: 43

Alhamdulilah kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri lagi tahun ini dengan AMAN, DAMAI dan HARMONI.

Dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya, kita terlupa untuk menjaga sifat yang suka menjaga kepentingan sendiri. 


Sebagai contoh:

Semasa abanG pergi ke restoran makanan segera masa Raya ke-5 kelmarin, abanG lihat banyak sisa makanan dan bekas makanan yang tidak dikemas pemandangan ini menjadikan keadaan sekeliling saling tak tumpah seperti tempat pembuangan SAMPAH! Ye macam makan dikelilingi SAMPAH.


Tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan dan angkat buang sisa makanan masih RENDAH! Betul!

Di setiap restoran makanan segera mereka mempunyai pekerja yang akan TOLONG bersihkan sisa makanan korang. Mereka akan TOLONG buangkan bekas makanan korang. Mereka akan TOLONG tanpa banyak soal kerana dah itu kerja mereka, kan. Setidak-tidaknya KITA TOLONGLAH letak sisa makanan dan bekas makanan atas TRAY balik kalau malas nak jalan dan buang, tak susah pun. 

Masa abanG pergi makan tempoh hari sempat juga tegur PEMUDA di meja sebelah. Teguran MANJA abanG kerana sisa makanan mereka dari restoran Lain dan bekas POLISTERIN mereka juga dari restoran luar…..COME ON LAH….. walaupun pekerja restoran itu tak akan berbunyi kerana menjaga HATI dan MUKA.

KITA! Sebagai Pelanggan mereka perlu tahu dan bijak berfikir, jangan JADI `PANDAI’ SOMBONG.


Sebenarnya, perkara ini bermula dari diri KITA: 

Kita tak makan sampai habis – DIRI KITA YANG SUKA MEMBAZIR.

Kita tak kemas sisa makanan – DIRI KITA YANG SUKA KEKOTORAN.

Kita tak buang bekas makanan – DIRI KITA YANG SUKA SAMPAH.

Kalau di rumah kita harapkan mak, isteri, kakak, bibik kita untuk cuci dan buang sisa makanan kita. JANGANLAH kita ingat mereka (Pekerja Restoran) itu sebagai balaci kita…..ADAB kat mana?

Ajar anak-anak dan diri kita sendiri untuk makan sampai habis dan kemas semula sisa makanan selepas makan, bukan hanya di restoran makanan segera TETAPI bermula dari RUMAH KITA.

Kita nak orang bangga dengan kita, hormat dengan kita tetapi MENTALITI kita masih rendah tentang kebersihan.

Setiap apa tindakan dan kelakuan kita bukan untuk KITA hari ini. TETAPI UNTUK MEREKA DI MASA AKAN DATANG  

Foto: Carian internet
Lepas ni abanG nak buat satu Projek “KEMAS DAN MAKAN SAMPAI HABIS”

Here the plan, abanG nak pilih beberapa restoran makanan segera dan duduk di sana dalam 30 minit atau 45 minit.

abanG nak jadi MATA-MATA….

Mana-mana pelanggan yang makan sampai HABIS dan BERSIHKAN sisa makanan meraka, abanG nak bagi rewards/hadiah….. bukan nak cari NAMA tapi untuk kesedaran MASYARAKAT.  

JOM kita buat Projek “KEMAS DAN MAKAN SAMPAI HABIS.”

Maaf zahir batin – Selamat hari raya.

Love – abanG   
 
22

Bagus
28

Marah
38

Terkejut
34

Sedih
26

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 30-6-2017 04:25 PM
bile kite dah ade pengalaman bekerja slalunye kite akan lebih bertimbang rasa la dgn org lain yg bekerja jgk..
Quote sabar_sabariah 30-6-2017 04:34 PM
budaya mengangkat dulang dan buang sisa makanan bila makan kat restoren tu mungkin susah nak apply sbb tak biasa dgn kita. lainlah kat luar negara kan.

tapi at least kemaslah meja. make sure sampah2 semua masukkan dalam dulang supaya senang pekerja nak angkat. yang meleleh2 kat atas meja tu kasi lap. basic kot. takde common sense langsung.

bila ditegur, jawapan standard dorang 'kalau saya buat, tu pekerja nak buat apa?" "dah kita bayar.." "takpe. biar pekerja yg buat. dah kerja mereka". weh! tak malu ke orang kemas sampah2 yg ko buat? aku malu kot..
Quote cik-jaja 30-6-2017 05:28 PM
paling kurang sy kemas meja je, senang dorg nk angkat dan kms nnt
Quote AznieBunnie 30-6-2017 05:29 PM
byk kali kena, bila kita bersihkan meja, ada jer umat-umat kekonon high class gelakkan. tak tau la celah mana yang lawak tu.

even kami atau anak kami yg kecil tolong kutip sampah tgh jln buangkan dalam tong pun dipandang macam kami ni alien turun ke bumi. buat muka jijik pun ada. pelik betul.

watdehel sungguh mereka itu.
Quote missinpiece 30-6-2017 05:36 PM
Bila kita dh siap2 kumpul smpah dlm tray sng staff fastfood tu nk kemas. Lg2 time peak hour
Quote JDT 30-6-2017 07:10 PM
AznieBunnie replied at 30-6-2017 05:29 PM
byk kali kena, bila kita bersihkan meja, ada jer umat-umat kekonon high class gelakkan. tak tau la c ...

Betul....pandang kita macam pelik je buang sendiri lepas makan..
Kat fastfood memang terus buang kat tong sampah tapi kat restoren atau kedai2 makan kami susun pinggan lepas makan.
Anak2 pun memang kami latih buat camtu.
Haha sebab pernah ada pengalaman kerja F&B dan fastfood dulu..
Quote fazamania 30-6-2017 07:14 PM
Siap bayar service charge lagi ada hati nak suruh aku kemas kan meja mcm kokosyen... taik laa...
Quote neurelle 30-6-2017 08:17 PM
Setuju sgt.. esp yg ada anak kecik tu.. xyah la bnd tu kd lesen utk korang biar anak sepah2 kan meja.. buruk sgt perangai tu uollsss.... even nak ajar anak mkn sendiri,ko pandai2 kemaskan
Quote matchstick 30-6-2017 08:53 PM
aku ada adik pompuan sorg OKU pendengaran..keja kfc tukang kemas n lap meja lah, nk apply keja lain susah wpun adik aku sekolah abis smpi form 5 n belajar kemahiran lukis batik..penah gi tmpt dia keja time lunch mmg niat nk jumpa dia. kesian tgk penat dia sorang2 kemas meja time peak hour tuh.  lama tunggu last2 smpt salam n bagi duit je ke dia. korang jgn lah sepahkan meja kfc tu. kesian lah kt org2 mcm adik aku
Quote uda 30-6-2017 10:46 PM
Dah macam budaya orang malaysia. makan habis bersepah satu meja.
Hari raya ke 2 lalu, I gi KFC sbeab restoren lain tutup. Punyalah bersepah atas meja. Hampir semua meja bersepah, sinki tersumbat dengan cebisan makanan dan lantai dengan air tumpah.
Disebabkan ramai customer , kru kfc tak sempat nak bersihkan kot.
Pastu di sepanjang jalan pun penuh dengan sampah.

Susah betul nak educate orang malaysia ni. Memanglah kita bayar sevis charge tapi timbangrasa lah sikit. Janganlah makan bersepah2 mcm ayam dan itik.
Quote badankecik 1-7-2017 12:30 AM
Kita mudahkan keja orang insyallah Allah akan mudahkan keja Kita.
Quote salmon-suki 1-7-2017 07:52 AM
Isu ni dah lamA,selalu jugak pergi fast food resto and mana2 kedai makan ni tapi ya hampunnnn...kadang2 bukan atas meja je bersepah,kat kerusi pun ada..tu belum campur dengan air tumpah ler,sos terpalit merata2 ler,kuah tumpah,makanan berterabur...seriously,dorg ne makan caner ek...? Taley hadam betul perangai manusia y pengotor gini...org parkinson pun elok je time mkn,xde bersepah kotor begitu..aduyaiii
Quote otai_g 1-7-2017 11:39 AM
Sbb tu msia x maju2. Jwpn da ada kat persekitaran. X yah pg jauh smpi kat putrajaya. Kuar rumah dkt atas jalan raya pun da jumpa jawapanya.
Quote emelia1509 1-7-2017 07:18 PM
Tak salah pun nak kemas2 meja tu kan..Tapi mentaliti orang kita susah nak ubah..
.
Quote ShiningStars 1-7-2017 08:43 PM
Kemaslah sikit meja tu..iolls selalu dipandang pelik sbb iolls angkat dulang dan buang sndri sampah iolls
Quote haniryan 1-7-2017 11:43 PM
Satu lagi bila p jemputan kenduri... berbulu ja tgk tetamu dah dibagi makan, sudah makan blah mcm tu saja.. pinggan sendiri pun malas nk angkat..bukannya x disediakan tempat letak sisa..
Quote mynameisjoe 2-7-2017 01:54 PM
contoh paling terang: kat ikea.  lepas makan, sila kemas & letakkan di rak - masih lagi ada yang buat tak paham
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:04 PM
haniryan replied at 1-7-2017 11:43 PM
Satu lagi bila p jemputan kenduri... berbulu ja tgk tetamu dah dibagi makan, sudah makan blah mcm tu ...

kekeke.....dah le makan free ye dok?
Quote ctsueraya 3-7-2017 09:01 AM
uda replied at 30-6-2017 10:46 PM
Dah macam budaya orang malaysia. makan habis bersepah satu meja.
Hari raya ke 2 lalu, I gi KFC sbea ...

setuju sangat dengan pendapat ko
kalau kat MAMAK kita bayar service charge memanglah depa laju je kemas kan
tapi ada gak yang pas makan tolong sorongkan kerusi
ini atas budi bicara dan timbangrasa kita sendiri
org yang ada maid atau hidup memang ada pembantu pun ada rasa timbang rasa dgn kemaskan meja + masukkan kerusi

tapi kat fastfood paling sadis lah GEJALA  MENGOTORKAN MEJA ni
terpaksa tulis huruf besar
dahlah kotorkan pastu angkat kerusi tak simpan balik...ni pantang aku
pastu puak ni juga yang bijak kot komplen bila NEGARA NAK MAJU
kalau mentaliti ko kelas ketiga camni, makan sepah2, kerusi pun taktau nak kemas balik
takyah berangan nak jadi maju
kene ingat NEGARA MAJU tu mentaliti kenelah maju seiring gak

p/s: betul kesian kat pekerja mekdi, kehepsi semua sebab depalah nak serve pelanggan depalah jugak tukang cuci

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033928 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top