Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi kisah menerusi laman Facebook miliknya, bagaimana dia hampir kehilangan kamera bernilai ribuan ringgit dalam sebuah kereta Grab.
Kisahnya, dia yang menaiki kenderaan tersebut mula memasang niat untuk memberi sumbangan kepada pemandunya. Ini kerana Fizo berasa tersentuh dengan situasi atau kehidupan pemandu berkenaan yang dikatakan sukar dan daif. “Mulanya berhajat nak bagi RM50, tapi bertukar bagi RM20 sahaja,” kata Fizo. Katanya lagi, dek kerana berasa kasihan, dia mahu memberi sumbangan bernilai RM50 itu. Namun, ketika sampai ke destinasi dia mula berasa ragu-ragu dan cuma menghulurkan RM20 sahaja.
"Mula-mula saya nak bagi dalam RM50, nak bagi dekat mak dia untuk makan tapi niat itu berubah apabila ‘dihasut’… hmmmm buka wallet tengok ada duit RM20 dan RM50. 'Hasutan’ tu membuatkan saya ubah niat dengan bagi dia RM20 je," katanya. Namun, seakan mendapat pembalasan secara 'cash', ditakdirkan kamera miliknya tertinggal di dalam kereta Grab itu. "Masa nak balik saya baru perasan kamera kesayangan yang baru dibeli tercicir dalam kereta tadi. Apa lagi, terus call dia. Dalam hati macam... hmmm… bye bye sudah kamera tu... terus fikir negatif macam-macam. "Tiba-tiba, pemandu itu hubungi saya semula beritahu kamera itu ada padanya," ujarnya. Siapa sangka, pemandu tersebut begitu baik hati dan datang memulangkan semula kamera milik Fizo. Dari situ, suami kepada Mawar ini berasa sangat terkesan dan terus menyesali perbuatannya yang dianggap berkira dan kedekut. - CARI
|
16
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 6-7-2017 06:17 PM
dah xde cerita sgt dah ke wartawan cari oi? story ni mengesahkan lagi syakwasangka meols bahawa apak ...
DeeHanania replied at 6-7-2017 06:59 PM
Pehh!!!Ayat bermula "kekadang suka ambik chinese@indian driver sbb suka bersembang,&diaorg x kenal s ...
beruangmuda replied at 6-7-2017 06:58 PM
Suka ambik driver chinese or indian sbb dorg tak kenal heols so theyols tak hipokrit dgn heolsss? Wh ...
GigaMom replied at 6-7-2017 07:18 PM
Boleh pilih2 ke driver grab ni. Means ada 3 drv pd masa sama n kita pilih yg mana nk? Ot sket x pe ...
ADVERTISEMENT