CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Tegur Biarlah Kena Caranya" - Bapa Puteri Balqis

7-7-2017 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43804| Komen: 253|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa dengan apa yang dia buat."

Bapa kepada pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, 10, berkata demikian berikutan 'mulut' orang ramai yang menyuarakan isu pemakaian anaknya itu yang disifatkan seksi.




Azizi Aziz, 39, bersama isterinya Norashikin Mohd Aziz, 34, bertindak memantau setiap aktiviti pada laman Instagram milik puteri mereka.

Hampir kesemua gambar dikongsi ditutup ruangan komennya berikutan kurang senang dengan komen negatif netizen yang menjejaskan emosi Balqis.

"Memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.


"Sebagai ayah, saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia," katanya kepada mStar Online.



Ibu bapa pelakon itu cuba bersikap terbuka menerima teguran netizen selagi ia tidak keterlaluan.

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.

"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.

"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga," tegasnya.


Foto: IG Puteri Balqis

Dalam masa sama, Azizi menegaskan anaknya berhak mencorak kehidupan dengan cara sendiri, bukan 'terikat' dengan karakter watak yang pernah dilakonkan.

Nak memberi nasihat perlu dengan cara yang betul. Jangan terlalu mengikut perasaan apabila memberi komen ya. - CARI
6

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
26

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mixed 7-7-2017 10:53 AM
mmg seksi skg bdk ni bahaya la pedo byk
baju dh rupa org besar
Quote hyie 7-7-2017 10:54 AM
sheols x kena kecam dengan kwn2 sekolah sheols mcm mia sara kah?
Quote Glass_shoes 7-7-2017 10:55 AM
Dulu balqis dipuji dan miasara dikutuk kerana kekayuannya....skrg masa balqis dikeji pulak sbb seksi sementara mia pulak sudah bertudung
Quote honeybee1802 7-7-2017 10:55 AM
Bakal tatapan sang peado..apa apaknya tak kenal peado?
Quote hannan_rayyan 7-7-2017 10:55 AM
menarik pedo gambar2 berpakaian camni

kalau makpak dia tak kisah anak dia menarik pedo, biarlahhh
Quote MsLadyBos 7-7-2017 10:55 AM
seksi
Quote immortallez 7-7-2017 10:56 AM
Elok la bap dia cakap mcm tu. Ada yg tegur sebab concern. Tak pernah dengar perkataan paedophile ke bang? Serius pendek gila shorts anak kau tu duduk pose mengundang macam tu.
Dulu aku suka la gak lakonan Balqis ni. Sekarang lakonan dia macam jadi over plak. sama macam ellie suriati. Makin lama berlakon makin over dah tak natural.
Quote Duta lover 7-7-2017 10:59 AM
Kalau kita tegur by dm kat ig ke personal msg lat fb ..artis2 ni baca ke x eik..sbb aku imagine msti dlm shari penuhhh beratus or beribu dm diorang dpt

Terfikir lak..sbb da byk kali baca komen soh tegur personal...hahaha. apapun sbb kan sheolss bawah umur meolss kecam parents dia sbb approve gamba terkangkang tu utk di upload...sedangkan gamna gadis shell bertudung litup pun dicabul ...
Quote arffa 7-7-2017 10:59 AM
tak boleh ke kanak - kanak dress up macam kanak - kanak selayaknya. cara pakaian dah macam dewasa sangat. tapi mmg seksi la kot pendek sangat seluarnya
Quote helicornia 7-7-2017 11:00 AM
hyie replied at 7-7-2017 10:54 AM
sheols x kena kecam dengan kwn2 sekolah sheols mcm mia sara kah?

dia tk sekolah kn? homeschool klu tk silap
Quote helicornia 7-7-2017 11:01 AM
melentur buluh biar dr rebung bang
Quote cmf_shya 7-7-2017 11:02 AM
Mmg perasan dia makin seksi...bukan apa..skrg byk pedo..risau..
Quote abangadek 7-7-2017 11:03 AM
sheols budak lagikan, biarlah dia
Quote Siputjelly 7-7-2017 11:04 AM
umur 10 tahun dah pakai camni. didik dari kecik bang, ke bangga anak seksi
Quote Cyempaka 7-7-2017 11:05 AM
xboleh ke kau kasi anak kau pakai macam budak2 yang lain. budak2 lain pun pakai sluar pendek jugak tp xde la jengkel pun tgk. ini kau kasi anak kau pakai dan duduk dan bergaya macam *******
tak sanggup nak sebut pun
anak2 cina anak2 mat saleh pun xgini

apa2 pun aku xminat lakonan budak ni. over.
Quote skinsandstars 7-7-2017 11:07 AM
bapak dia tak kisah, biar kan lah. bak kata bapak dia, dia hanya mahu anak dia menjadi diri sendiri. so biarkan lah anaknya pakai macamana pun dan menjadi santapan pedo ke apa ke. bijak bapak dia ni. lagi bijak dari kita semua. jadi biarkan saja lah. buat apa kita nak risau bagi pihak dia. bapak dia lagi tak suka ada lah. kita ni hanyalah acik2 yang penyibuk. biarkan sajoooo.
Quote zamzam 7-7-2017 11:08 AM
ni mcm kes amy search kena kecam biarkan abil masa remaja pakai sexy mexy.
Quote qistiena 7-7-2017 11:08 AM
urban sgt dah..
Quote Nenasketum 7-7-2017 11:10 AM
Du kaki terbukak macam tu apak dia hengat ok ke posing camtu. Makin banyak 'duit' apak dia dapat kot lepas gambar macam tu uploaded

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.149179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top