CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjat Sinki Ketika Mandi, Adik Beradik Cedera Parah Terkena Serpihan Sinki

7-7-2017 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9756| Komen: 25

Akibat memanjat atas sinki di dalam tandas, dua kanak-kanak cedera parah di bahagian paha dan perut terkena serpihan sinki yang pecah selepas sinki yang dipanjat mereka itu terjatuh.


sumber : Facebook Ridhwan Wahid 

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 11 pagi, ketika itu kedua-dua mangsa dikatakan sedang mandi di kediaman yang bertempat di Wira Desa, Kuala Lumpur. 

Dilaporkan, abang yang berumur 6 tahun dikenali sebagai Muhammad Darwisy Norhazliysham cedera di paha manakala adiknya Muhammad Adam berusia 4 tahun pula cedera di bahagian perut. 

Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Baharuddin Dol Majid, kejadian itu disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan mereka.


sumber : Facebook Ridhwan Wahid 
sumber : Facebook Ridhwan Wahid 

“Ibu mangsa meminta bantuan jiran sebelum memaklumkan kepada APM."

“Kami memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut."

Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang daripada mereka memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh.

Sekitar pukul 3.20 awal pagi tadi, bapa saudara mangsa, Ridhwan Wahid menerusi facebook memaklumkan pembedahan kedua-dua anak saudaranya itu berjalan lancar, dan kini mereka dalam keadaan stabil. 

Selain itu, Ridhwan juga menghargai semua kawan yang memberi doa terhadap kedua-dua anak saudaranya.- CARI


9

Bagus
14

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgo19 7-7-2017 05:25 PM
ngerinya.. dulu pun ada kes sinki terjatuh atas kepala budak yg tengah mandi, mak tak boleh buka pintu sbb berkunci dari dalam, last2 budak tu meninggal sbb byk hilang darah..
Quote cmf_blingblings 7-7-2017 05:28 PM
sampai terburai perut, nasib baik ambulance sampai cepat
Quote Pink_Purple 7-7-2017 05:40 PM
alahai budak2 ni, mcm2

syukur dah selamat
Quote vanillaninja 7-7-2017 05:42 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote haruslah 7-7-2017 05:44 PM
Jap lg ade yg salah kan mak budak tu ...
Quote Artemesiaa 7-7-2017 05:46 PM
Sinki ceramic tu bukannya kuat sangat sebab ia hanya sangkut je kat didinding bilik air tu.  Apa pun syukur le semua selamat.
Quote idakamaruddin 7-7-2017 05:49 PM
cane la budak tu bole panjat sinki..bkn ke tinggi gak ke sinki tu?

Quote kechikchomel 7-7-2017 06:03 PM
toilet kat sekolah ktorg pernah gak ada kes sinki pecah.masa tu lecturer tgh mengajar,tetiba ada dgr bunyi benda pecah. kuat la bunyi dia. nasib baik xde orang kat toilet tu masa tu.
Quote blue_ivy 7-7-2017 06:09 PM
Peingatan jgk utk set2 jakun pprt batak yg suka cangkung ats toilet seat smpai berbekas tapak selipar yang tupun boleh pecah jgk..material lebih krg sama jgk tu..
Quote abangadek 7-7-2017 06:21 PM
nakal betul mandi pun nk panjat
Quote Pink_Purple 7-7-2017 06:25 PM
budak2 memang nakal..

nak buat mcm mana,

moga jadi pengajaran kpd orang lain
Quote mziskandar 7-7-2017 06:30 PM
Pernah ada kes wc (jamban duduk) pecah sbb mangsa terlalu berat. putus bahagian peha.
Quote pearl.silver 7-7-2017 07:58 PM
virgo19 replied at 7-7-2017 05:25 PM
ngerinya.. dulu pun ada kes sinki terjatuh atas kepala budak yg tengah mandi, mak tak boleh buka pin ...

Elok la pintu bilik air yg jenis plastik tu atau pintu yg lipat2 tu..sekali terajang memang terbuka..
Kalau nk guna pintu yg ada tombol tu, elok guna tombol yg boleh buka dr luar guna duit syiling..umah i guna tombol ni kat bilik air

Seriau kalu org dlm bilik air jadi apa2 tp xboleh bg rawatan awal sebab pintu xleh buka  
Quote zeed 7-7-2017 08:08 PM
Jiran meols masa depa kecik 2 beradik mandi gini la. Jatuh berderai. Yg adik terpotong tumit.
Quote dani-rox 7-7-2017 08:20 PM
Tangki air tandas ai seramik gak, main sangkut gitu jah. Sekali pecah berderai, kemain tajam serpihannya.. ai yg berhati2 masa tu nak kutip pun terguris sket kat tapak kaki...
Quote rmin 7-7-2017 08:51 PM
blue_ivy replied at 7-7-2017 06:09 PM
Peingatan jgk utk set2 jakun pprt batak yg suka cangkung ats toilet seat smpai berbekas tapak selipa ...

Yess tepat sekali..serius x phm knp nk guna toilet duduk tp mencangkung atas tu..kalau pecah terbelah isi urghhh seram
Quote lexania 7-7-2017 08:56 PM
Alhamdulillah pembedahan berjaya.
Quote blue_ivy 7-7-2017 09:22 PM
rmin replied at 7-7-2017 08:51 PM
Yess tepat sekali..serius x phm knp nk guna toilet duduk tp mencangkung atas tu..kalau pecah terbe ...

Terbawak2 perangai mencangkong dalam parit kat kampong lah tu.nyampah betul2 rata2 public toilet mcmtu pprt sgguh prngai..
Quote Ayda89 8-7-2017 12:03 AM
dani-rox replied at 7-7-2017 08:20 PM
Tangki air tandas ai seramik gak, main sangkut gitu jah. Sekali pecah berderai, kemain tajam serpiha ...

Sama! Sink seramik i pecah juga, kutip guna tangan serpih yg besar2 tu, terkena sikit je kat tangan i, tapi luka dalam n panjang, banyak darah i keluar walau tak rasa sakit time tu. Sangat2 tajam dan bahaya seramik ni kalau dah pecah

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.208484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top