CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sampai Bentan Jadinya!"-Wanita Lepas Bersalin Dilanggar Dan Direntap Di Perut

12-7-2017 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10088| Komen: 63|Original author: Oleh: Myra Rozi

Masih ada lelaki pukul wanita? Ya, ramai dan kalau tidak pernah mengalaminya sendiri, pasti pernah dengar ianya terjadi orang sekeliling, kenalan rapat atau saudara-mara.


Kali ini, kisah seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin dipukul seorang lelaki menjadi tular dengan lebih 18 ribu perkongsian.



Menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Dhila, malam itu lebih kurang pada pukul 1 pagi, ada sebuah kereta jenis Kancil yang membuat bising di hadapan rumahnya.

Berkali-kali pemandu kereta berkenaan menekan pedal minyak sehingga mengeluarkan bunyi bising dan disebabkan itu jugalah bayinya menangis tidak henti-henti.

Foto: FB Nur Dhalia
"Ibu mana tahan, tengok anak dah 20 minit terkeju-terkejut, badan tersentap, terenjat-renjat dan menangis tak berhenti sebab terkejut,"tulisnya.

Dhila mengambil keputusan untuk menegur perbuatan lelaki tersebut namun dibalas dengan cara yang kasar. Lihat sahaja video yang sempat dirakamkan.



Lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata makian dan mengeluarkan isyarat lucah. Tak cukup dengan itu, wanita tersebut dilanggar dan perutnya direntap tanpa belas kasihan!


Foto: FB Nur Dhalia
Rata-rata netizen yang melihat rakaman video tersebut bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang boleh disifatkan sebagai kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan. Namun ada juga berpendapat wanita tersebut sengaja 'mencari penyakit' dengan keluar menegur lelaki berkenaan.

Malang tidak berbau, jadi sentiasalah berhati-hati. Apa pula kata anda tentang insiden ini? -CARI

14

Bagus
19

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 12-7-2017 01:14 PM
Lahanat punya perangai. Nasib tak terbuka ke apa jahitan. Otak takde ke nak rem kereta pukul 1 pagi. Orang takde sivik ni patut ditanam hidup2. Lain kali macam ni rakam dan lapor polis. :
Quote shernazz 12-7-2017 01:28 PM
orang gini la elok dibom..
Quote manjalara_01 12-7-2017 01:28 PM
MissVixen replied at 12-7-2017 01:14 PM
Lahanat punya perangai. Nasib tak terbuka ke apa jahitan. Otak takde ke nak rem kereta pukul 1 pagi. ...

kan? mlm2 call je la polis...x pyh jadi wonder woman...
Quote izzarishaiqal 12-7-2017 01:53 PM
hanat sgt peragai kau jantan.xde telur ke pukul perempuan.pukul 1 pagi memekak dpn rumah orang sape xhangin.mereput le jantan hanat ni dlm pnjara
Quote Ayda89 12-7-2017 01:57 PM
Jangan la berani2 sangat kalau sorang2 macamtu.. Bahaya..
Quote shanshero 12-7-2017 01:59 PM
dua2 mendapat. sorang kereta bunyi lazer. sorang
lsgi mulut lazer. kes macsm ni tak brape nak kesian sangat.
Quote haryatie 12-7-2017 02:01 PM
tengok jari bersusun dgn cincin gitu, itu pun da buat serammm
da tengah2 mlm mcam tu bising2 call jerk polis
kata jerk mengganggu kententeraman awam..
aku biasa jerk buat keje gini...
nasib baik umah aku balai polis nya  seberang jalan jerk
ada sorang abam polis tu siap bg no. handphone lg utk mudah aku call kalau apa2...
Quote MyNameIsIris 12-7-2017 02:08 PM
husband dia mana eh? berani-berani dia gi sound mamat tu
Quote CrowneGlory 12-7-2017 02:10 PM
bodohnya perempuan...apa guna ada polis ...ko ingat polis tu perhiasan jah...flower pot...x memasal dia aim ko dah tau rumah semua...

keling langkau 3 biji rumah aku lupa diri berparty sampai kol 1am.. hubby akak aman2 jah tepon polis...x sampai 10 mins polis sampai tegur dorg...terus bersurai...akak pun sambung tido...xde la sampai nk kena menjerit2 sampai kain tertanggal bagai
Quote idakamaruddin 12-7-2017 02:11 PM
ya ampunnn dekkk kete kancil je ke dekkk

mati2 akak igt paling koman kete lancer ke apa

btw utk ibu berpantang, x elok tau terjerit2..mmg tu la kita ni bdn tak kuat

btw akak ni duk sorang je ke umah? laki mana?
Quote idakamaruddin 12-7-2017 02:12 PM
CrowneGlory replied at 12-7-2017 02:10 PM
bodohnya perempuan...apa guna ada polis ...ko ingat polis tu perhiasan jah...flower pot...x memasal  ...

mgkn ms tu tak pikir apa dh kot..nk tegur je igt org tu bole dgr


Quote chinta89 12-7-2017 02:17 PM
ni nk OT.

smlam ak tdo, ntah jantan mana gila talak kat gf dia, duk merayu2 suh turun.

awek x layan. xde respond dari awek tingkat atas rmh ak.

ak dh bengang sb dia duk pujuk2 tgh2 mlm buta, dari cara percakapan pujuk2 tu mcm deols ni x kapel tp asik duk tanya "takkan awak dh x ingat sy, kan kita bla bla bla bla dlu" etc lah ayat dia

ak sound setepek hoi nk tdo ni tgh2 malam buta, bising!

then ak dgr awek tu sahut pakwe dia pgil, tiba2 dgr dia buka grill n pintu rmh (opkos akan dgr sb suasana mlm sgt sunyi mmg akan dgr).

moral of the story : tlg jgn  buat bising malam2! hanat sgt pangai.
Quote MelZ_Eulalia 12-7-2017 02:23 PM
mana laki dia?
Quote harrypoter 12-7-2017 02:29 PM
mana laki dia
keje mlm ke..
beraninye sound2 org mcm tu  
Quote manehnya 12-7-2017 02:35 PM
suami hg p mana time tu? ada laki ka tarak laki, sapa suh kuaq umah setel dh tau czer bla bla bla... bongok jugak yg perempuan tu pun,

anak baru 20 minit qeyau bukan 20jam, chill aa
Quote taji2906 12-7-2017 02:41 PM
chinta89 replied at 12-7-2017 02:17 PM
ni nk OT.

smlam ak tdo, ntah jantan mana gila talak kat gf dia, duk merayu2 suh turun.

haha.. aku pun pernah ada dlm situasi ni.. memekak dgn motor merayu2 panggil awek. awek tak layan, kena hoi dgn aku. tp da mcm mabuk bangang jek. dia rem2 siap spin2 motor ex5 sampai terbalik kat jalan. konon mcm nk bunuh diri ke apa ke tak tau la. aku jerit suh berambus, jiran2 lain pun sama. last2 aku tgk ada bdk perempuan turun p kat dia. bangang abadi. patut masa dia terbalikkan motor tu ada lori sampah lenyek jek.
Quote buragazz 12-7-2017 03:15 PM
Sian akak ni.. maybe anak pertama.. bila menangis dia panik tak tau nak buat apa then logically at that time gi le cakap elok2 ngan owner kereta.. kan budi bahasa budaya kita...

Tapi klu aku pertama kali cakap elok2 dia tak dengar.. kali kedua bom petrol tu lempau kan... baru dia ada hakal... tingkap kereta terbukak tu balingkan aje kedalam... hambek kau.. pastu baru call polis...
Quote Kambeng_Gurun 12-7-2017 03:23 PM
ohohoiiii..baru lepas bersalin, czer lak tu...kalau aku pon stress dengar orang dok rammed kete tu..
dengan baby nangis-nangis lagi...kiter pon tak cukup rehat lagi..
cuma kalau aku, minta hasben laa tolong tegur orang macam tu..espcially kalau orang tu laki..
tak kuasa nak menegur..
Quote debab76 12-7-2017 03:24 PM
kenapa tak report polis je dik. takut hakak tgk video kt atas tu. safety first hurkey!

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.324625 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top