CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Giliran Hello Kitty Punya Nasi Lemak Pula

12-7-2017 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13689| Komen: 106

Selepas tularnya Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan dan sebagainya, kali ini 'Hello Kitty' pun nak mencuba nasib juga!

Walaupun baru beberapa hari diperkenalkan, nasi lemak berwarna merah jambu dengan identiti comel Hello Kitty itu sememangnya menarik perhatian ramai.


Foto: Sinar Harian


Memetik Sinar Harian, dua sahabat yang tergila-gilakan warna 'pink' terang itu mendapat idea untuk menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna merah jambu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai dengan karakter kartun kucing comel terbabit.

Menurut Nurul Aida Zulkifli, 29, watak kartun Hello Kitty dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya yang juga merupakan air tangan rakan kongsi, Zaharina Mohd Tahar, 32 dan dijual pada harga RM3.50 sepeket.

"Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna 'pink', kereta di cat warna 'pink' dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

"Kami juga pakai pakaian warna 'pink' memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi,"
katanya.


Foto: FMT


Aida yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, itu mengakui sudah menghabiskan sebanyak RM4,000 untuk modifikasikan keretanya itu.

Tambah ibu kepada dua anak itu, mereka juga menjual nasi lemak secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan menaiki kereta Hello Kitty berkenaan.

"Petang Jumaat ini saya akan buka 'carboot' berniaga nasi lemak berdekatan dengan pasaraya Tesco Kota Bharu, sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan nasi lemak  Hello Kitty boleh ikuti di Facebook Mdm Ngoh Ediey,"
katanya. - CARI
16

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 12-7-2017 12:35 PM
eeuuu..telo tu overcooked dek.. 1 bintang utk presentensen
Quote Potpouri 12-7-2017 12:36 PM
Nasi pun letak pewarna? memang aku tak makan lah.. huhu
Quote chinta89 12-7-2017 12:36 PM
Edited by chinta89 at 12-7-2017 12:38 PM

ak pentingkan rse.. ko berhello kitty ke pink ke.   x kisah la dik
Quote chinta89 12-7-2017 12:39 PM
nasi lemak pink dh lama makcik2 buat.

kwn iols org tganu penah bwk iols pegi mkn kat Kg Ladang.

tp xde lah se pink ni
Quote putehkundor 12-7-2017 12:41 PM
Geli geleman tgk nasi kaler pink.
Nasi kerabu yg kaler biru tu pun aku Tak selera
Quote krustykrab 12-7-2017 12:42 PM
rospinki replied at 12-7-2017 12:35 PM
eeuuu..telo tu overcooked dek.. 1 bintang utk presentensen

nape kalau overcookd? tak baik tuk kesihatan ke sis?

Quote putehkundor 12-7-2017 12:42 PM
Yg hitam macam cacing tu haper? Takkan iblis kot
Quote shernazz 12-7-2017 12:45 PM
supo lah makan nasi kerabu letak pewarna
member aku cite dia beli nadi kerabu pewarna extta kat bazar remdan dolu...buang air besor kaler biru..
Quote Artemesiaa 12-7-2017 12:45 PM
Nasi berperwarna macam ni kurang sikit nak cuba.  Kalau nasi lemak pandan tu ok lagi sebab guna daun pandan untuk warnanya.
Quote vanillaninja 12-7-2017 12:47 PM
Tak rasa macam nak cuba.
Quote trisnalovezul 12-7-2017 12:47 PM
ga sedap nasi lemak dicampur warna
Quote rospinki 12-7-2017 12:48 PM
krustykrab replied at 12-7-2017 12:42 PM
nape kalau overcookd? tak baik tuk kesihatan ke sis?

amat2 tk baik utk kesihatan..selain mnghilangkan zat telo tu sndri secara tk langsung ia menyerap hydrogen suifide smasa proses kepanasan melampau maka telo itu berubah warna (green circle eggyolk) utk menyahkan sel2 negatif dari meracuni pemakan.

sedapnya telo dimasak 85% cooked..just nice. nk telo half cook or watery egg tu lain citer. utk rebus camni..sedang elok jah.

Quote Changa 12-7-2017 12:50 PM
say no to perwarna tiruan dek..
kalau makanan berwarna warni ini memang akak pangkah terus dek.
choiiii
Quote Changa 12-7-2017 12:52 PM
rospinki replied at 12-7-2017 12:48 PM
amat2 tk baik utk kesihatan..selain mnghilangkan zat telo tu sndri secara tk langsung ia menyerap  ...

kat rumah akak ada peranti sous vide , kalau nak rebus telur memang boleh setting ikut macam2 kesukaan kita.
tapi jarang akak guna

https://www.chefsteps.com/activities/the-egg-calculator
Quote MissVixen 12-7-2017 12:52 PM
Kenapa nak warnakan nasi. Kalau bekas nasi lemak tu warna pink, ok la jugak. Sambal dah merah...kasi tambah pink plak. Buruk rupanya.
Quote rospinki 12-7-2017 12:58 PM
Changa replied at 12-7-2017 12:52 PM
kat rumah akak ada peranti sous vide , kalau nak rebus telur memang boleh setting ikut macam2 kesu ...

bestnya..tak guna bgi kat akak je la

jujurin kaka dh too used buat keje ni..nk buat telo separuh..rebus air panas2 rendam telo..lepas ke depan ke belakang buat keje check balik telo cun2 perfek..tk perlu tgk jam
Quote Changa 12-7-2017 01:02 PM
rospinki replied at 12-7-2017 12:58 PM
bestnya..tak guna bgi kat akak je la

jujurin kaka dh too used buat keje ni..nk buat telo sepa ...

tapi akak syak guna sous vide itu ada certain kemasakan egg yolk itu tak berjaya di lakukan dengan rebusan biasa, sebab heshe control suhu dan masa.
kalau sis google memang ada pelbagai tahap kemasakan heshe, ada certain tahap kemasakan itu memang macam impossible kalau rebusan biasa.

salah satu kebaikan sous vide adalah untuk masak steak or any meat sebab daging takkan akan overcook, untuk buat steak set jah nak suhu berapa berakadaran dengan tahap doneness kita suka, masak la sampai sejam pun sampai situ jah la masak nya....
Quote CiliPadiSedap 12-7-2017 01:03 PM
rospinki replied at 12-7-2017 12:35 PM
eeuuu..telo tu overcooked dek.. 1 bintang utk presentensen

dik telur jantan dik kalau overcooked, kalau telur kepit kurang masak tanya bijan
Quote minahsenget 12-7-2017 01:07 PM
uewwwww nasik pink?

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046095 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top