CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Maut Akibat Dilempar Keju Oleh Rakan

14-7-2017 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9555| Komen: 100


sumber : Daily Mail Online


Di London, seorang pelajar sekolah berbangsa India dikenali sebagai Karan Cheema baru-baru ini mengalami alahan terhadap bahan pembuatan susu dan gandum. Dia disahkan maut setelah bahagian mukanya terkena kepingan keju yang dibaling oleh rakannya.

Memetik laporan Daily Mail Online, difahamkan Karan dilempar ketulan keju pada mukanya ketika bersuka ria bersama kawan di sekolah, akibatnya dia mengalami masalah alahan yang serius dan menemui ajal pada 28 Jun ketika berada di hospital.

sumber : Daily Mail Online

Ibu mangsa berkata dia tidak faham kenapa perkara tersebut boleh berlaku, padahal semua orang sedia maklum termasuk pihak sekolah bahawa mangsa memang alahan yang serius terhadap bahan pembuatan susu dan gandum. 


Tambahnya, ketika umur dua tahun, Karan pernah mengalami kejutan alergi atau alahan dan setelah rawatan baru mendapat tahu mangsa mempunyai masalah alahan yang serious terhadap bahan pembuatan susu dan gandum. 

Selain berhati-hati dalam pemakanannya setiap hari, ibunya turut memberi pihak sekolah ubat yang sewajarnya untuk situasi yang tidak diingin berlaku. Namun demikian, ibunya berasa amat kesal dengan apa yang telah berlaku ke atas anaknya. 

Bagaimanapun, ibu mangsa mengesyaki berkemungkinan mangsa maut akibat perbuatan buli.  

Setakat ini, seorang suspek berusia 13 tahun telah ditahan atas tuduhan membunuh. Setelah disoal siasat suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.- CARI
14

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
21

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 14-7-2017 06:13 PM
Wahhhh sama mcm anak2 i....elegik segala bagai tenusu lembu...produk kacang...ubat antibiotik penisilin...bla bla bla

Sukarnyaaaaaaaa
Quote sebu1 14-7-2017 06:38 PM
Anak aku alergi pade seafood. Katenye lepas mkn sotong ketam udang dia x boleh bernafas.aduiii susah aku nk masak
Quote CardiGans85 14-7-2017 06:39 PM
Me br baik alergik..kena parah ms pg second day raya. Hurmm..mmg no kidding. Eerie ok tgk kulit n muka sendiri.bole depression
Quote marla69 14-7-2017 06:41 PM
Teruk jugak kalu allergy ni kan
Quote RatuDunia94 14-7-2017 08:36 PM
Anak jiran i alergik pd oksigen..
Quote kechikchomel 14-7-2017 08:48 PM
saya allergy pain killer. semua jenis.
pernah sekali tu masa kat hostel. ada ulcer. pergi lah klinik. Doc.nak bagi pain killer. saya cakap la allergic paracetamol (masa tu tak tau lagi yg semua jenis pain killer tak boleh makan). so doc.bagi pain killer lain.

malam tu mata bengkak gila sampai tak boleh bukak mata langsung. Cikgu call waris terdekat (makcik) pastu makcik bawa g klinik. Kena inject. Lepastu baru la dapat tau yg apa jenis pain killer pun tak boleh makan. sengsara tau masa tu.tapi yang bestnye dapat balik hostel lambat

Quote aleesyasofia 14-7-2017 09:26 PM
seksa jgk kalo alergik nie..
Quote imransulaiman 14-7-2017 09:29 PM
RatuDunia94 replied at 14-7-2017 08:36 PM
Anak jiran i alergik pd oksigen..

Dia tinggal dalam air ke?  








Quote EJALTI 14-7-2017 09:35 PM
Bebudak bergurau...kekawan tak tahu pasal alahan tuh kot...
Quote Buritan 14-7-2017 09:40 PM
RatuDunia94 replied at 14-7-2017 08:36 PM
Anak jiran i alergik pd oksigen..

Hahahaha.. pakat cite pasai anak..
Quote veYron 14-7-2017 09:43 PM
Kwn dia msti ingat bdk ni mengada2 nk allergic2 bagai.
Quote AlienGurlz 14-7-2017 09:44 PM
kechikchomel replied at 14-7-2017 08:48 PM
saya allergy pain killer. semua jenis.
pernah sekali tu masa kat hostel. ada ulcer. pergi lah klini ...

Susah la macam tu. Habis tu kalau nak tahan sakit kena makan apa? Contoh kalau awak perempuan, masa datang bulan mesti nak kena makan ubat tahan sakit ke. Tak pun waktu bersalin nanti?
Quote kechikchomel 14-7-2017 09:52 PM
AlienGurlz replied at 14-7-2017 09:44 PM
Susah la macam tu. Habis tu kalau nak tahan sakit kena makan apa? Contoh kalau awak perempuan, mas ...

biasa kalau demam atau sakit kepala tu memang tak makan apa2 la...syukur laaa..kalau period pain tu boleh tahan lagi.kalau sakit sangat pun tido je la.

pasal beranak tu tak boleh nak cakap. takde pengalaman lagi. tak tau la camne nanti.
  
Quote sukacactus 14-7-2017 09:52 PM
RatuDunia94 replied at 14-7-2017 08:36 PM
Anak jiran i alergik pd oksigen..

Biar benar
Quote sukacactus 14-7-2017 09:55 PM
Selalu kalau tgk citer omputih selalu la ada scene food fight kat kafeteria sekolah...mcm ni la kot
Quote Siputjelly 14-7-2017 09:59 PM
teruk juga alergik budak ni. kena lempar pun ada effect.

aku alergik dgn seafood,jadi gatal2 macam demam campak , kalau ada habuk2 mesti buat aku bersin teruk & resdung. hmmm
Quote MeghanK 14-7-2017 10:24 PM
alergik yang teruk la ni..iols pon alergik jugak tapi light2 je. still boleh lagi nak makan dairy products ngan seafood tapi kena kontrol
Quote ice_sky92 14-7-2017 10:43 PM
Aku allergic dengan getah kat kulit betik...kalau terkena sikit je gatal2 tepi mulut
Quote ice_sky92 14-7-2017 10:45 PM
Btw, macam mana nak tahu kita allergic pada ubat? Sebab kita bukanyya makan semua jenis ubat. Mohon pencerahan.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.168634 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top