Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis. Memetik laporan Bernama, Norshahida Zolkifly yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif. Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran. Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada. Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.- CARI |
22
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
25
Sedih |
29
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
doubleA replied at 15-7-2017 05:18 PM
zaibo ni masih status pegawai imigresen kah? atau digantung tugas?
milot replied at 15-7-2017 05:22 PM
Katany bekas pegawai imigresen
doubleA replied at 15-7-2017 05:37 PM
aah la tak perasan, fokus pada bekas isteri jah tadi
thank you ya
idakamaruddin replied at 15-7-2017 05:17 PM
kesian plak aku ngn shahida ni..mcm malang je kawen ngn AP..dah la kene ceraikan kene buang keje..sk ...
Acei007 replied at 15-7-2017 05:55 PM
Dia ni msih ngn ap lg kot...ap promote shawl kt ig..dia pun sbuk repost tlg promote jgk...pastu smua ...
doubleA replied at 15-7-2017 05:18 PM
zaibo ni masih status pegawai imigresen kah? atau digantung tugas?
edoraixora replied at 15-7-2017 06:27 PM
Ada rasa nak kesian, tapi jenayah dia buat pemerdagangan manusia kot
Lagi kesian kt manusia2 yg did ...
ADVERTISEMENT