CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Melaka, Jangkitan Anjing Gila Dikesan Di Kuala Sepetang,Taiping

16-7-2017 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4352| Komen: 24


sumber : Malay Mail Online


Berikutan kes rabies atau penyakit anjing gila dikesan di Kuala Sepetang, Taiping, Perak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di kawasan tersebut. 

Bagaimanapun, memetik laporan Astro Awani, Ketua pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam memaklumkan dalam satu kenyataan, pihak berkuasa akan melaksanakan aktiviti pemvaksinan dalam kawasan lingkungan 1km jangkitan radius dikesan.

Tegas beliau, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kawasan jangkitan adalah terhad kepada satu kampung sahaja.

Khamis lalu seorang pemilik anjing membuat laporan bahawa anjing miliknya telah mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya.


"Selepas lima hari mengigit mangsa, anjing tersebut didapati menunjukkan tanda klinikal seperti tiada selera makan dan mengasingkan diri."

"Seterusnya muntah, demam serta mengalami kekejangan di kaki hadapan dan belakang."

Kemudian Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) mengesahkan sampel otak anjing tersebut positif virus Rabies melalui ujian yang dijalankan kelmarin.

Beliau menyifatkannya sebagai "kes terpencil" dan tiada kaitan dengan kes rabies di Sarawak.

Sehubungan itu, kedua-dua mangsa gigitan anjing tersebut telah dimasukkan ke Hospital Taiping dan masih berada di hospital untuk menunggu pengesahan bagi memulakan suntikan vaksin.- CARI

sumber : internet

27

Bagus
31

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 16-7-2017 06:20 PM
Kat semenanjung pulak. Hopefully mangsa2 gigitan tu survive
Quote ShiningStars 16-7-2017 07:46 PM
Silalah vaksin anjing2 anda..i mmg gerun sgt kalau ada anjing yg tenung i..rsa mcm nak kena terkam je
Quote lasagnaklcc 16-7-2017 08:34 PM
Baru2 ni my friend doctor kat hospital serian (1st kes kat sarawak) share documentary psl rabies. Tgk cara pesakit mati agak disturbing. Mintak dijauhkan la dari merebak merata.
Quote grouper 16-7-2017 08:39 PM
Apa kata pompuan melayu pencinta anjing aritu..masih nak cium mulut lagi ka
Quote ice_sky92 16-7-2017 08:42 PM
I'm shook. Aku memang terfikir Rabies ni akan dtg semenanjung. Sekarang dah jadi pun. Take care guys. Jauhi anjing liar...
Quote pearl.silver 16-7-2017 09:03 PM
Kejiranan i ni byk anjing..bertuan dan tak bertuan. Kucing i plak jenis lepas bebas ni..kne bg dia vaksin ke ek..
Quote chiquititamichi 16-7-2017 09:33 PM
Harap2 ade indosial atau vetnam buat sate hanjing kat taiping tu...bg kurang sket populasi hanjing ni
Quote Ipo 16-7-2017 09:37 PM
kat kuala sepetang ni banyak betul anjing liar mahupun anjing belaan.kadang2 elok je lepak atas ikan kering yang dijemur
nasiblah kalau ikan kering tu dijual kat mana2

nasib baik kat tempat makan mee udang banjir tak ada anjing
Quote AlienGurlz 16-7-2017 09:52 PM
pearl.silver replied at 16-7-2017 09:03 PM
Kejiranan i ni byk anjing..bertuan dan tak bertuan. Kucing i plak jenis lepas bebas ni..kne bg dia v ...

Seelok-eloknya vaksin la. Dapat cegah dari penyakit-penyakit yang lain. Tapi kalau aku, memang tak bagi la dia keluar. Kesian kalau jadi apa-apa ke.
Quote nobito 16-7-2017 10:47 PM
Semoga pemakan anjing macam orang Indon, Vietnam dan Sarawak mendapat penyakit ini.

Sebagai hukuman dari Allah.
Quote Skuau 16-7-2017 11:58 PM
Edited by Skuau at 16-7-2017 11:59 PM
nobito replied at 16-7-2017 10:47 PM
Semoga pemakan anjing macam orang Indon, Vietnam dan Sarawak mendapat penyakit ini.

Sebagai hukum ...


'Siapa digigit anjing...dialah terasa sakit(nya)'........'Tuhan itu Maha Kuasa,Maha Mengetahui dan Maha Adil...'
Quote mbhcsf 17-7-2017 12:17 AM
astaghfirullah

kuala sepetang ???

apekah....???

hmm...i hope  ade  that beautiful being yg membaca ini - secara tersurat dan tersirat akan
mengambil ibrah dan hikmah ...

there is a reason for everything...
Quote mbhcsf 17-7-2017 12:18 AM
sesiapa dari microb dept boleh terangkan ke macam mana tularan rabies ni berlaku / cross transmission from one location to another?

Quote Ayda89 17-7-2017 09:21 AM
Ee kat kawasan i ni dah lah banyak anjing adui scary betul lah
Quote ainashiqa 17-7-2017 09:40 AM
Ya Allah,Kau jauhkanlah penyakit rabies dari kite semua..Amin!!
Quote sofiazara 17-7-2017 10:03 AM
teringat kat miaw meols yang dah lengkap vaksin nya tapi hilang dah 40 hari
Quote redapple10 17-7-2017 10:21 AM
Tiba2 teringat cita quarantine.. lqyan tu
Quote redapple10 17-7-2017 10:22 AM
Mcm dah lama x dgr kes rabise ni.. tetiba pulak muncul, makin takut la aku dgn anjing n kucing.. sorry im a catphobia
Quote talapia 17-7-2017 10:56 AM
harap kedua2 mangsa gigitan anjing tu selamat. baru2 ni tengok video pasal penyakit2 yang berbahaya... rabies adalah yang mempunyai fatality rate 100%. Means.. klau 100 org dng rabbies... semua akan mati. no cure. sebabnya.. kebanyakan yg sedar dah kena rabbies bila dah tunjuk simptom... kesian.. antara kematian yg paling siksa..

haus.. teramat sangat.. tapi TAK BOLEH nak minum. sampai jadi fobia pada air.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063899 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top