Amboi, mentang-mentang badan sado, habis semua orang nak dilawannya. Namun malangnya nasib tidak menyebelahi lelaki berbadan sasa ini. Mungkin dia menyangka boleh menang tapi jangkaannya meleset sama sekali apabila 'tumpas' berlawan dengan beberapa pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya.
Menurut sumber, lelaki tersebut cuba masuk ke dalam kondominium itu namun disebabkan gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk pelawat, dia tidak dibenarkan untuk memasukinya.
Bengang dihalang, apa lagi terus ditendangnya 'pak guard' tersebut di bahagian kaki. Tak lama selepas itu, menyusul tiga lagi pengawal keselamatan yang bertindak mempertahankan rakannya dengan memukul lelaki sasa tersebut. Pergaduhan itu sempat dirakam oleh individu yang berada di tempat kejadian sebelum tersebar dan menjadi tular di media sosial. Ada netizen yang mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA). Kebanyakan netizen yang melihat rakaman video mengecam tindakan lelaki sado itu yang disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak kurang juga yang mengecam dengan mengatakan pengawal keselamatan terlalu agresif. Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Darriush Kha Lili yang dipercayai lelaki sasa dalam video tersebut tampil memberikan penjelasan. Dia juga telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua yang terlibat semasa kejadian tersebut. Sebenarnya perkara begini boleh diselesaikan secara baik. Bincang elok-elok tak perlu pun nak menggunakan kekasaran. Tak begitu? -CARI
|
15
Bagus |
13
Marah |
34
Terkejut |
30
Sedih |
38
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT