Sebelum ini kecoh dengan berita tentang Kim Kardashian yang didakwa seorang penagih gara-gara serbuk putih yang kelihatan seperti dadah di mejanya.
Menurut The Sun, kali ini selebriti terkenal Hollywood itu dikecam lagi kerana memakaikan korset pada anak perempuannya, North West yang baru berusia empat tahun. Netizen mempertikaikan tindakan Kim yang cuba menggayakan anak kecilnya itu seperti seorang wanita dewasa. Dalam gambar yang tersebar luas di Twitter, netizen mengkritik gaun berwarna oren yang digayakan North kerana dia dilihat turut memakai korsert di bahagian luar baju tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu sudah pasti Kim tidak berdiam diri dan tampil memberikan penjelasan tentang isu ini.
Melalui twitternya, Kim memuat naik gambar sebenar baju yang dipakai North. Menurutnya, apa yang dipakai bukanlah korset yang biasanya dipakai wanita bagi menampilkan bentuk badan menarik. Sebaliknya ia hanyalah hiasan fesyen untuk baju kanak-kanak itu. "Baju ini dibeli dengan fesyen sebegini. Itu bukan korset tapi hanya kain sebagai hiasan sahaja," katanya. Inilah akibatnya suka buat tuduhan melulu. Lain kali selidik dulu, ini tidak suka hati sahaja menghentam orang lain. -CARI
|
19
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Madel replied at 19-7-2017 02:28 PM
Mak gigih cucuk sana sini..operate sana sini..ujung2 anak tetap berwajah desa.com..
ADVERTISEMENT