Kecoh betul bila gambar Fathia Latiff yang membuka tudungnya di sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini tersebar. Dalam gambar tersebut, pelakon ini duduk bersebelahan seorang lelaki yang didakwa sebgai kekasihnya.
Walau bagaimanapun, Fathia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengatakan lelaki itu adalah salah seorang saudaranya. "Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung," katanya kepada portal Malaysian Digest.
Aktres drama Dia Isteri Luar Biasa ini turut memohon maaf andai ada pihak yang terganggu dan terasa hati dengan perbuatannya itu. "Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu. Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung. "Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan", tambahnya. Biasalah kalau nama pun selebriti, semua perkara pun jadi perhatian. Harap Fathia terus bertabah dan lebih berhati-hati selepas ini ya. -CARI
|
50
Bagus |
24
Marah |
49
Terkejut |
32
Sedih |
39
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT