Sebelum ini filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar memang betul-betul mencetuskan fenomena dengan kutipan lebih dari RM17 juta. Sekuel keduanya sekarang masih lagi dalam penggambaran dan kalau dulu Nora Danish yang menjadi heroin, kali ini siapa pula?
Persoalan terjawab apabila baru-baru ini pelakon terkenal dari Indonesia, Raline Shah telah berkongsi beberapa video di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang berlatih di gimnasium. Menerusi Insta Story miliknya, Raline turut meletakkan kapsyen 'PE2 Training Day' dan memberitahu latihannya sudah masuk hari ketujuh. Turut kelihatan Shaheizy di sebelahnya. Jadi betullah pelakon wanita cantik ini akan bergandingan bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam Polis Evo 2. Kemas kini aktres ini sekaligus menjawab persoalan peminat yang nampaknya sudah teruja untuk menonton sekuel ini nanti. Selain Raline, pelakon hebat Erra Fazira juga adalah antara pelakon wanita yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Kali ini Joel Soh akan menggantikan Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah. Mungkinkah filem Polis Evo 2 ini bakal meletup dan mencatat kutipan pecah panggung sekali lagi? Sama-sama kita tunggu. -CARI
|
3
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
debab76 replied at 21-7-2017 05:49 PM
meols harap sheols berdialog dalam bahasa melayu yach since sheols wanita melayu indo
labusayong replied at 21-7-2017 06:00 PM
Zizan dan Sahezy Seng siap cocok steroid hokay nak nampak sado untuk this movie..sama2 lah tengok sa ...
ADVERTISEMENT