Ramai pengguna media sosial terutama artis dan selebriti tidak serik menayang dan menunjuk-nunjuk momen bahagia mereka di laman sosial yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.
Gara-gara mendedahkan aktivit dan lokasi terkininya, kediaman Hilary Duff, 29, dipecah masuk perompak yang berjaya melarikan barang kemas mewah ketika artis berkenaan sedang bercuti bersama keluarganya. Memetik portal TMZ, seseorang memecah masuk ke dalam rumah Hilary pada Rabu lalu dan melarikan barang kemas bernilai ratusan ribu AS dolar. Malangnya, penggera langsung tak berbunyi. Gambar dan videonya bercuti di Canada bersama anaknya, Luca, 5, seolah-olah 'memberitahu' perompak bahawa tiada sesiapa berada di rumahnya.
Ketika ini, Hilary masih di luar kota jadi, polis tidak tahu sejauh mana kerugian dialaminya. Beberapa bulan sebelumnya, kediaman Kendall Jenner dan Nicky Minaj juga dipecah masuk selain beberapa barang berharga turut dibawa lari. Beringat-ingatlah sebelum kita 'show-off' momen bahagia serta harta benda dimiliki di media sosial kerana ia boleh mengundang padah. - CARI
|
19
Bagus |
15
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT