CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Caj 'Ikat Tepi' 30 Sen, KPDNKK Kenakan Denda Pengusaha Terbabit

25-7-2017 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9764| Komen: 88


sumber : www.pru14.tv


Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenakan denda terhadap satu premis yang tular di media sosial apabila mengenakan caj bungkus ikat tepi.

Hasil tindakan pemantauan pegawai penguatkuasa KPDNKK, premis itu didapati gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi iaitu 30 sen jika air yang dipesan dibungkus.

Dalam kes viral, seorang pengguna memviralkan resit dari premis berkenaan bahawa dia dicaj sebanyak 30 sen untuk air Limau Asam Boi yang dibeli secara dibungkus.

“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011,” menurut kenyataan yang dipetik dari laman Facebook KPDNKK kelmarin.



sumber : Facebook KPDNKK

Pada masa sama, peniaga premis berkenaan turut diberi amaran supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga bungkus.

Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.

Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut.

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan pasaraya mini diperiksa dalam operasi itu, ujarnya.- CARI


21

Bagus
18

Marah
34

Terkejut
28

Sedih
21

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 25-7-2017 09:42 AM
2017-07-25_9-40-14.jpg
Quote FanTasyCreaTioN 25-7-2017 09:45 AM
berapa denda yang d kena kan ..?

harap tukang viral ni dapat sedikit pampasan sebab dengan viral ni .. ramai terselamat dari kena cas berlebihan


Quote namr 25-7-2017 09:50 AM
Padan muka
Quote kentel 25-7-2017 09:50 AM
hebat btol kuasa viral skrg ye...enforcement pun mudah buat keje..ade viral baru keje
Quote matchstick 25-7-2017 10:33 AM
30 sen is nothing pun katanyer...kena denda bpa sen kak
Quote paz 25-7-2017 10:36 AM
Rasakan, ingat orang viral enforcement dia sahaja.
Quote dinoloveshasha 25-7-2017 10:36 AM

30sen is nothing katanya.... dah nothing p cas gak...
dah la harga air tu 3.50..... limau amenda ko guna... kat rnr je kot.... bkn restoren econ ko leh charge rm10 org tak bising...
Quote batmana 25-7-2017 10:42 AM
niaga kt RnR,
gerai kecik gtu, shari income rm5k-10k , klu wktu puncak lagila byk
tu sbb smua ada gst bagai

klu denda pn, bape sen sgt

lainla klu denda rm10 juta
mau bangkrap dia
Quote kiambang 25-7-2017 10:43 AM
Tahniah empunya kedai ...
Quote batmana 25-7-2017 10:43 AM
alasan peniaga air nmpk kurang klu ikat tepi, pstu kene tmbah air,limau ais lagi.

dh ko pakai plastik besar wat pe?

pi la bungkus pkai plastik kecik saiznye utk ikat tepi

kn bahlol namanya..
Quote ChildrenOfBodom 25-7-2017 10:46 AM
pada muka kau setan
Quote Mizlyn 25-7-2017 10:51 AM
ade setengah kedai letak harga
minum situ lain..bungkus harga lain...
yg macam ni ok lah.. org tau..

kita paham ada beza minum dalam cawan n bungkus
tapi tolong letak harga..bila kena cam ni..
kan dah susah ..

kadang tu ada ternampak org makan kat kedai tapi air order dalam plastik siap tuan kedai buh dalam mangkuk... tak tau la harga sama or tidak... byk keje lak tgk tuan kedai buat cam tu..
Quote chauky314 25-7-2017 11:13 AM
senang je dia cakap nothing 30 sen tu...
Quote insulin 25-7-2017 11:14 AM
Semoga dapat memberi pengajaran kepada peniaga ini agar menjaga mulutnya dengan baik.
Quote idakamaruddin 25-7-2017 11:21 AM
matchstick replied at 25-7-2017 10:33 AM
30 sen is nothing pun katanyer...kena denda bpa sen kak

iols smpai skg tak paham apa tujuan dia caj 30 sen bila bungkus

upah mengikat ke cane?
Quote matchstick 25-7-2017 11:28 AM
idakamaruddin replied at 25-7-2017 11:21 AM
iols smpai skg tak paham apa tujuan dia caj 30 sen bila bungkus

upah mengikat ke cane?

Iols rasa bukan upah mengikat...tp sbb kuantiti air n ais lg byk drpd air yg kita minum di kedai dlm gelas..1 lg kemungkinan kalau air tu buh dlm plastik tp ikat penuh mungkin x kena caj 30sen tu sbb bila ikat penuh plastik tu dilipat sikit bg gelembung so kuantiti air x sebnyk mcm ikat tepi
Quote eragon 25-7-2017 11:29 AM
Arwah Yus Jambu yang popularkan perkataan ikat tepi ni.
Quote aleesyasofia 25-7-2017 11:34 AM
Mizlyn replied at 25-7-2017 10:51 AM
ade setengah kedai letak harga
minum situ lain..bungkus harga lain...
yg macam ni ok lah.. org tau ...

btul tue kt tmpt iols bt gitu.. mknanya dh tau kalo bgkus hrganya lain.. tmbh dlm 20sen atau 30sen..

ptutnya akak nie kne ltak tnda hrga btul2.. lg stu ptutnya letak la bgkus ke ape.. nie ltak ikat tepi plak dlm resit tue.. jd slh fhm situ..
Quote debab76 25-7-2017 11:35 AM
kemain chuols limau ais je sampai 3.50 choyyy!!

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056689 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top