Seorang remaja berusia 12 tahun menjadi mangsa rogol datuk dan bapanya serta tiga individu lain di Limbang. Datuk berusia 72 tahun dan bapa mangsa ditahan bersama tiga sepupu mangsa yang masing-masing berumur antara 16 dan 21 tahun.
Kesemua mereka didakwa dengan 22 pertuduhan merogol mangsa di beberapa lokasi berdekatan dengan kampung yang didiami antara November tahun lalu hingga Jun. Menurut mStar Online, bapa mangsa didakwa dengan empat pertuduhan, manakala datuknya dengan enam pertuduhan. Tiga sepupu lelakinya pula masing-masing didakwa melakukan lima, tiga dan empat kesalahan. Kes mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebat jika bersabit kesalahan.-CARI
|
20
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_blingblings replied at 28-7-2017 06:33 PM
aku masih tak mau percaya kejadian ni berlaku di Malaysia
ADVERTISEMENT