Gara-gara berani bersemuka dengan individu yang mengekorinya, seorang lelaki pengsan selepas diserang individu tak dikenali itu, semalam. Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu itu, mangsa yang juga pengarang akhbar tempatan menyedari kereta dipandunya diekori penunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang selepas menemui rakan-rakannya di Lido.
Mangsa kemudiannya berhenti di stesen minyak berhampiran Jalan Kolam sebelum bertanyakan kepada suspek mengenai tindakannya itu. Suspek bagaimanapun, terus membuka topi keledarnya lalu menghayunkannya ke arah muka mangsa tanpa berkata apa-apa menyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian sebelum ditemui orang awam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dalam kenyataan akhbar mengesahkan pihaknya menerima laporan insiden terbabit. "Mangsa kini berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebaik menerima rawatan. "Hasil maklumat, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka iaitu lebam pada mata, bengkak pada rahang dan pipi sebelah kiri. "Kita juga masih melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian ini memandangkan mangsa tidak tahu mengapa dia diserang oleh suspek," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI
|
26
Bagus |
19
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 6-8-2017 02:43 PM
ade isu x puas hati ditulis oleh pengarang akhbar?
tumpanglalu74 replied at 6-8-2017 02:52 PM
Mat rempit tu makan upah je pon..
ADVERTISEMENT