CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Pelajar Kolej Di Kafe Siber Hanya Kerana Ditegur, Empat Ditahan

6-8-2017 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6145| Komen: 30

Empat lelaki dipercayai terbabit memukul seorang pelajar kolej swasta di sebuah kafe siber di Setiawangsa, ditahan polis semalam.


Foto: Utusan Online

Memetik Utusan Online, polis mendapati kesemua suspek yang ditahan merupakan pekerja sebuah restoran makanan arab berhampiran tempat kejadian. 

“Mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun.

“Bagaimanapun, dua lagi suspek yang masih bebas sedang giat dikesan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 pagi itu, Raja Hazwan Azri Raja Zaen, 21, dibelasah lima lelaki selepas menegur perbuatan mereka mengusik teman wanitanya. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 6-8-2017 03:26 PM
orang zaman sekarang memang pantang ditegur... mudah sentap...
Quote Mary_jane 6-8-2017 03:37 PM
Bila ramai2 tu memang sedap lah bagai gangsta belasah orang. Cer sorang2 mau tak kecut telur. Tapi yang acu pistol memang bawa pistol kemana2 ke (kalau pun palsu)?
Quote cahaya_almas 6-8-2017 03:40 PM
2 pgi kuar makan ngan awek...pastu apa berlaku kt awek dia...msti mengigil2 tgk bf dibelasah terukk
Quote miznora 6-8-2017 03:46 PM
ada tertgk video kat berita td. org dlm cc tu pun tekejut pandang je takde sapa yg tlg. takut kena belasah juga barangkali
Quote CiliPadiSedap 6-8-2017 03:55 PM
naik bulu hidung akak ni, rasa nak kutip je dia org ni.
Quote noradaniez 6-8-2017 04:05 PM
Jiran aku klu anak dia hilang je, kesana la dia pg cari. Tu port budak sekolah ponteng kelas.
Quote hanalisa 6-8-2017 06:35 PM
pekerja restoran arab? local ke foreigners?
Quote SecretLuv 6-8-2017 06:39 PM
miznora replied at 6-8-2017 03:46 PM
ada tertgk video kat berita td. org dlm cc tu pun tekejut pandang je takde sapa yg tlg. takut kena b ...

Maunya tak takut. Orang tu siap acu pistol lagi.
Quote SecretLuv 6-8-2017 06:39 PM
cahaya_almas replied at 6-8-2017 03:40 PM
2 pgi kuar makan ngan awek...pastu apa berlaku kt awek dia...msti mengigil2 tgk bf dibelasah terukk

Dia kena belasah lepas dah hantar awek dia balik rumah.
Quote SecretLuv 6-8-2017 06:41 PM
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Seorang pelajar kolej cedera berlumumuran darah dan menerima tujuh jahitan di kepala akibat dibelasah sekumpulan lelaki Khamis lalu.

Raja Hazwan Azri Raja Zaen, 21, juga cedera di jari dan lebam di badan akibat dipukul teruk lima lelaki, antara 20 hingga 30 tahun, lapor Harian Metro.

Mangsa diperlakukan demikian setelah menegur seorang suspek apabila mereka mengganggu teman wanitanya di Setiawangsa, di sini, jam 12 tengah malam.

Tidak puas hati dengan pertengkaran awal, suspek mengajak mangsa bertemu lagi tidak jauh dari sebuah kafe siber kawasan itu.

Setelah menghantar wanita itu pulang, Raja Hazwan Azri yang tidak syak apa-apa terkejut melihat mereka membawa kayu, pemadam api dan objek menyerupai pistol.


Pelajar kolej swasta itu kemudian berlari ke dalam kafe siber, namun kumpulan lelaki itu mengejar dan memukulnya di situ.

“Orang ramai yang berada di dalam pusat siber terbabit tidak dapat membantu saya kerana diugut akan dicederakan,” kata Raja Hazwan Azri.

Mereka kemudian menariknya masuk ke kereta Suzuki Swift untuk dibelasah lagi sebelum ditinggalkan di depan bank berhampiran kafe siber tersebut.

“Saya terpaksa berjalan kaki dalam keadaan berlumuran darah sejauh 200 meter untuk ke kafe siber itu bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Isu itu menarik perhatian ramai setelah abangnya Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen memuatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kafe siber berkenaan.

Kejadian itu diadukan di balai polis Hulu Klang tetapi setakat berita itu dilaporkan tiada tangkapan dibuat.
Quote jerukkedondong 6-8-2017 07:45 PM
SecretLuv replied at 6-8-2017 06:39 PM
Maunya tak takut. Orang tu siap acu pistol lagi.

Tgk dlm 999 td pistol palsu je...entah2 pistol mainan tekan trigger terpancut air...
Quote alesandra 6-8-2017 07:50 PM
celakanya.. nasib baik tak mati mamat tu.
Quote SecretLuv 6-8-2017 07:54 PM
jerukkedondong replied at 6-8-2017 07:45 PM
Tgk dlm 999 td pistol palsu je...entah2 pistol mainan tekan trigger terpancut air...

Ha'ah. Pistol palsu. Tapi orang kat situ mana tahu. Diaorang ingat pistol betul. Huhu.
Quote cahaya_almas 6-8-2017 11:04 PM
Jahatnya geng2 pukul nie....
Quote armin 6-8-2017 11:13 PM
miznora: ada tertgk video kat berita td. org dlm cc tu pun tekejut pandang je takde sapa yg tlg. takut kena belasah juga barangkali


Biasa tengah main dota memang takkan tinggal pc. Kalau kalah team semua marah kat u. Tp kalau dlm kes ni siap bwk pedang pistol bagai adalah lebih bijak kalau tak masuk campur
Quote lasagnaklcc 6-8-2017 11:19 PM
Psl perempuan je nak gaduh mcm ni...
Quote armin 6-8-2017 11:21 PM
Budak yang kena belasah ni geng2 pekida jgk kan. Adik dia ada upload pic cincin kat jari mamat tu. Tak tahu lah tunjuk lansi ke apa. Yang forum cari baru ni dah kenapa tak boleh upload pic guna mobile.

Sapa2 yg guna pc screenshot la dari link ni https://twitter.com/iffahxo/status/893479927424598016
Quote armin 6-8-2017 11:22 PM
Kalau baca thread adik mamat yg kena belasah tu mostly netizen pakat kata hal Gengster tp adiknya in denial
Quote manjalara_01 7-8-2017 10:05 AM
video mana? masa org berani nak tgk...xde pulak..bile org cuak2 nak tgk complete video ade pulak

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063380 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top